nmbvg
Sunday, December 6, 2009
bicara tentang karenah manusia..
eemm, mungkin mereka tak sedar kot, simpati aku rsnya dengan manusia begini, mana tidaknya, mereka ni kebanyakannya dr kalangan orang yg bijak pandai, masing2 paling kurang pun ada segulung ijazah, bila mula bicara itu ini, seolah-olah semua perkara dia tahu, padahal bnyak benda yg dia terlps pandang.. yg paling sedih tu tagunggujawb dorg yg sbnrnya plak tu.. eemmm, manusia..manusia.. soal tanggungjawb org lain sibuk plak nk bicara..
anyway, actually aku dh muak dgn manusia mcm ni.. opss!, aku bkn la nk mengata lbh2 kan, maybe ada msnya aku pun sma gak.. apa yg penting skrg aku dh mask sgt dgn manusia mcm ni so, aku pun dh malas nk layan sgt dh apa dorg nk kata tntang aku pd org lain (kalu btul adalah, bkn nk menuduh plak), yelah mn aku nk layan, dh kadangkala org yg menympaikn kat aku tu pun dua kali lima jgk.. eemm habis2 pun aku hnya mampu tersenyum..=)
eemm... bila2, dimana2 mmg akn ku jumpa manusia spt ni.. so, apa yg penting bagi aku skrg KERJA, KERJA, KERJA & TANGGUNGJWB, TANGGUNGJWB ,TANGGUNGJWB...
biar apa orang nk kata, Allah itu Maha Mengetahui... Dia lbh tahu, bagaimana aku berkerja, apa yg aku rasa dan apa yg telah aku korbankan selama ini hnya demi amanah yg tlh diberikn pd aku dan tidak ingin ada hati yg terluka.. namun tiada yg terluka, tapi rupanya ramai yg rs tak puas hati... eemm, apakan daya puaskan hati semua.. aku ni bukan hamba pd mereka.. aku hanyalah HAMBA ALLAH.. begitu juga mereka... mungkin mereka terlupa....=|
Wednesday, October 21, 2009
hafiz hamidun putus tunang?

Hafiz Hamidun Sah Putus Tunang!
Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single."
Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang.
"Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja."Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.
Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu.
Wednesday, October 14, 2009
Melakar Cinta DiPintu Syurga
berdirinya aku didaerah zulumat
mengutip titis doa dimalam rahmat
bersama renai kasih yang menguyur
ingin melakar cinta di syurga
sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
hanya cinta semusim wangi sekejap
harumnya tak kan sampai ke penghujung
indah mekarnya hanya dikuntum
sedangkan taman-Mu amat indah
tiap penghuninya dikurnia rahmat
datang berbekal amalan tanpa sepalit noda
setelah kian lama mengatur jejak langkah
makin fasih mentafsir liku hidup
diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
bagai menabur benih sang hilalang
bendang-terbendang hampar padinya
dimusnahi bena aku yang terpedaya
hijrahkan aku dengan hati putih
kembali berpaut pada akal budi
pasrah bersujud dibawah naungan langit kesedaran
moga terlakar cintaku dipintu syurga
sekarang aku dah 'jatuh cinta' plak dengan lagu nii..;-)
eemm... ms ni Naim masih lg bersama Fareast, skrg dgn Mirwana plak..
sayang seribu kali sayang... aku rs vokal dia lg sesuai dgn konsep Fareast, tp nak wat camne, dia dah wat pilihan, dan itulah keputusannya, tak de sape dpt menghalang..:-(
nasib baik azwan ada.. he..he..;-p
Wednesday, September 16, 2009
akhirnya.. kawin gak Norman KRU




Apa perlunya lelaki untuk dicintai?
Apa perlunya lelaki dalam mencapai apa yang dicita?
Apa perlunya lelaki untuk menjamin masa depan?
Apa perlunya lelaki untuk menjanjikan kebahagiaan?
Apa perlunya lelaki untuk bersumpah setia?
Apakah tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah wanita tidak rasa dicintai tanpa cinta dr lelaki?
Apakah tidak tercapai cita-cita seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah tidak terjamin masa depan seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah tidak bahagia seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah wanita tidak perlu bersumpah setia tanpa lelaki?
Tepuk dada tanya IMAN………….
Ikut kata selera…… itu kata nafsu namanya…Ikut kata IMAN….pasti hidup tenang didunia dan akhirat
Wednesday, August 19, 2009
inteam
Thursday, August 13, 2009
Al-Fatihah buat Allahyarham ust. Asri
Agak terkejut juga bila aku terlihat berita di kaca televisyen mengenai kematian penyanyi solo nasyid kmpln Rabbani ust. Asri…
Tapi, itulah Allah telah pun menentukan ajalnya sampai disitu.. aku, dan yg lain masih hidup, belum tentu lagi.. yang pasti saat itu akan tiba juga nanti pada setiap yang bergelar manusia, termasuklah manusia Bionik pun.. (eemm, mmg wujud ke mansia jenis ni??).. ehem.. itu tak penting..
Kematian itu sesuatu yang tak dapat kita jangkakan..
Sedangkan ianya adalah satu kemestian..
Kematian itu sesuatu yang amat sukar utk kita berdepan..
Sedangkan ianya akan didatangi kepada setiap insan..
Kematian itu sering kita tidak endahkan
Sedangkan kehidupan yg dipinjam kita banggakan
Sesungguhnya, manusia sering lupa.. apatah lagi soal kematian yang pasti akan tiba pada bila-bila masa, walau dimana jua kita berada..
Kenapa aku boleh terfikir begitu?.. yelah, kita lihat, baca dan dengar saja la pasal dunia artis zaman sekarang ni, macam2 kisah… macam2 punya peel.. macam2 kes.. tak de langsung pun yang memberi teladan yang baik.. aku tahu, ada jugak cite yang elok itu disimpan, cite yang tak elok itulah yg digembar gemburkan… tapi kalau dah yang banyak itu yang tak elok, mana nak timbulnya yang elok..
Aku tahu, tak la kata artis je yg tak elok, yang bukan artis pun banyak jugak yang dua kali lima.. eemm., manusia sekarang… entah bagaimana pulak nanti pada manusia masa depan…
Inilah yang aku nak maksudkan, manusia sekarang, dah lupa nak pikir soal mati.. mati ni memang Allah dah tentukan, tapi kita sebagai manusia masih diberi dua pilihan, iaitu pilih samada nak mati dalam keadaan kekafiran ataupun mati dalam keimanan..
Kematian itu juga kita tak tahu bila masanya, sebab itu la setiap masa kita kena sentiasa bersedia...
Kata orang, rugi tak merasai nikmat dunia yg sementara ni, tapi beruntungkah kita terseksa sepanjang kehidupan kita yang kekal buat selamanya disana nanti??.. sedangkan Allah telah pun menjanjikan nikmat yang lebih baik dari didunia ini disana nanti kpd hambaNya yang sentiasa taat dan patuh akan segala perintahnya..
Sesungguhnya, orang yang telah pergi dahulu adalah pedoman buat kita yang masih hidup, untuk kita renung sejenak, entah bila pula masa ku akan tiba?, entah dimanakah aku pada ketika itu?, dalam keadaan apakah aku pada ketika itu?, dan telah cukupkah amalanku selama ini untuk membela nasib ku disana nanti?....
Betulkan?... setiap manusia yang sentiasa mengingati mati, tidak akan sekali membiarkan dirinya terusan digodai syaitan durjana….
Sedih memang sedih, bila dapat tau pasal kematian ust. Asri. Tapi bagi aku sebagai peminat irama lagu nasyid Malaysia, aku lebih rasa sedih dan sebak bila memikirkan nasib irama lagu nasyid pada masa sekarang dan pada masa depan. Dimanakah nilainya erti perjuangan nasyid itu sendiri?, sekadar mengejar populariti atau semata kerana wang ringgit?, ingin berkongsi ilmu atau sekadar menonjol bakat?. Sebenarnya dah banyak kmpln nasyid di Malaysia sekarang, tak kurang juga yang bergerak secara solo. Tidak dinafikan juga, penyanyi bukan nasyid sekarang ada juga yang membawa lagu yang berunsurkan ketuhanan dan keagamaan. Tapi, setakat manakah keberkesanannya terhadap para pendengar dan peminat utk menghayati dan menginsafi atas kebesaran Ilahi?.
Pada aku, dah tiba masanya cukuplah dengan hiburan yang melalaikan lagi merugikan. Aku berharap sangat biarlah selepas ini cite yang keluar dalam akhbar cite2 yang menyenangkan lagi menginsafkan para pembaca dan peminat. Aku juga berharap biarlah selepas ni semua artis menonjolkan imej yang bersih. Ini tidak, bernyanyi, bercakap soal kepercayaan ketuhanan dan keagamaaan, tapi bila melihatkan imejnya, langsung tidak bersesuai. So, dimana letaknya keyakinan orang ramai dalam penerimaan yang ingin disampaikan?. Itu baru melihatkan imejnya, belum lagi dilihat pada budaya yang diamalkan, bentuk gaya kehidupan yang diamalkan, dan gaya pemikirannya. Aku tak nafikan juga, masih ada artis yang mengekalkan imej, budaya dan pemikiran yang bersih dan matang, justeru menjadi ikutan dan kepercayaan kpd orang ramai dan peminat. Oklah, aku malas nak celoteh pasal ni lebih2. Artis zaman sekarang membawa pengaruh yang sgt kuat pada orang ramai. So, melihatkan artis zaman sekarang, bayangkanlah bagaimana keadaannya generasi pada zaman depan. Tapi, tak kurang juga pengaruh dari ibubapa itu sendiri… Marilah sama2 kita renungkan… InsyaAllah.. semoga sekembalinya kita disana nanti dalam keadaan penuh dengan keimanan dihati..
Biar kita tidak mampu berbuat apa, biar kita tidak dapat berkata apa, yang pasti satu usaha kita jangan sesekali kita lupa, BERDOA.. BERDOA.. dan teruslah BERDOA….
Eemmm, sebaknya bila dengar balik lagu pergi tak kembali nyanyian Allahyarham bersama Rabbani ni…
Semoga Allahyarham ditempatkan di tempat orang2 yang soleh dan di tempat orang2 yang beriman. InsyaAllah…. Amiinn…
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Wednesday, July 8, 2009
MOHON MAAF DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN..
pada mulanya aku wat blog ni hanya untuk suka2 jee, al-maklum la kawan2 aku pun ada yang dah wat, so sjlah nak join. tapi aku punye tak la sehebat blog dorang, yelah aku ni tak la kreatif sgt.
tapi yang pasti, aku ingat aku wat blog ni hanya sekadar untuk meluah rasa, sekadar ingin bercerita, apa yang aku rasa. memandangkan aku ni tak la suka nak bercerita dgn orang secara face 2 face. apatah lagi nak meluah rasa. so, aku fikir dengan cara ini aku bolehlah berkongsi cerita aku. tak kisahlah walau hanya pd yang terbacanya shj.
namun aku silap.. rupanya ada yg beranggapan aku bercerita disini, sekadar utk memburukkan orang lain. Ya! itu betul..
sememangnya aku akui, aku mengaku itu mmg silap aku. terima kasihlah kpd yang telah terbaca dan sekaligus menyedarkan aku. aku juga minta maaf sesangat kpd yang berkenaan, merasa dirinya teraniaya...
namun, sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu apa yang terniat dihati ini, tak pernah terlintas utk memburukkan orang lain, dan merasakan aku yang paling hebat.
tapi yelah, apa2 pun aku tak boleh nak salahkan oarang lain. anggapan dorang tu mmg betul...
cuma.. mungkin... mungkinlah... pada pandangan akula... cara dorang yg silap. tapi tak tahulah, susahlah, yang pasti hanya Allah je la yang Maha Mengetahui. sekali lagi aku mohon maaf kpd yang berkenaan, oleh itu, aku cuma berharap, jika telah terbaca tak perlulah nak bercerita kpd yang lain, dan tak payah la nak bertanya apa2 kat org yg dimaksudkan dlm ceriata aku tu..
actually, aku pun dah tak komen apa2 lagi dah pasal tu. aku dah lupakan pun. tapi sekarang tak pasal2 kena timbul balik. aku sbnrnya skrng mmg malas nak create story yang cam ni lagi dah. tapi nampaknya kali ni terpaksalah, aku harap yang kali ni yang terakhirlah.
ai... tengok... nak explain kat sini pun payah ni rasanya, inikan pulak nak aku berbincang face 2 face, inilah pun masalah diri aku yg sbnrnya...
apa2 pun aku harap sangat la dorang boleh faham, yang pasti mmg tak ada niat nak memburukkan sesiapa...
sekali lagi aku minta maaf sesangat kpd yang berkenaan. so, aku harap yang sudah tu.. sudah laa... cite lama... cite lama punyelah... tak perlu rasanya nak 'ulang tayang' atau disebut2 lagi..
eemm... tapi mmg pelikkan dari dulu sampai skrg cite hasad dengki, pentingkan diri sendri ni, diminati ramai, tak pernah2 nya habis, kalau cite berepisod tu, kalau boleh, sampai episod 200 pun tak habis2, yelah ada je watak2 baru yang muncul... kan?..
eemm... duniawi... duniawi... apa nak buat... hadapi jelaa...
SEKALI LAGI MOHON MAAF DAN RIBUAN TERIMA KASIH.
Monday, June 29, 2009
YA ALLAH! YA TUHANKU! BETAPA BERDOSANYA AKU
Setelah sekian lama rasa diri dipergunakan
Setelah sekian lama aku mencari jawapan
Bagi persoalan yang membelenggu fikiran
Siapa aku sebenarnya?
Adakah tidak betul segala tindakan ku?
Tidak perlukah aku untuk berusaha lagi?
Haruskah ku teruskan hidup didunia ini?
Perlukah aku terus berdiam diri?
Atau perlukah aku melarikan diri?
Melari meninggalkan segalanya
Tapi kemana?
Hutan belantara?
Puncak gunung Everest?
Atau di dasar lautan sahaja?
Sedarlah aku kini
Dengan apa yang berlaku
Setelah sekian lama
Setelah genap 25 tahun
Banyaknya dosa yang telah kulakukan
Semuanya tanpa ku sedari
Apatah lagi jauh di lubuk hati
Dah banyak hati ku lukai
Aku mungkin tetap terus mendiamkan diri
Tak mampu rasanya untukku bersuara
Namun, aku akan cuba menghadapi
Biarpun hatiku yang terguris
Akan ku ‘sapukan’ ubat setiap kali
Cukup rasanya setakat ini
Mengenang nasib hidup
Yang kesudahannya tetap pada Yang Esa
Moga diampunilah segala dosa-dosa
Sebelum tiba untukku menutup mata buat selamanya
Wednesday, June 24, 2009
KURSUS INDUKSI DI PANGKOR

sampai jee gi lepak jap kat tepi laut..

dalam dewan ceramah.. ngantuk gilee...
hari ahad xde program.. apa lagi posing jela kat mana2 yg patut..
dalam dewan ceramah, penceramah tak dtg lagi.. posing jap..
with Ogy..
posing lagi..
aktiviti riadah... menari poco2.. sabo jele.. tapi best la gak bila dah tau buat...
gi jalan2 tepi laut plak.. tepi laut ke ni?.. ni dah dalam laut nii... he..he.. teringin nak mandi.. tapi segan..
with Su...

riadah utk hari berikutnya.. joging.. eh!..eh.. berjoging ke?.. cam nak menari la plak.. he..he.. tgh jalan raya pun sempat nak posing..
wait for me...!!
my group.. yg diberi nama Kmpln INAYAH, ni lps latihan terakhir utk persmbahn malam terakhir..
posing lagi jap... wat kenangan.. ntah bila leh jmpa lagi...
it's show time.... kami m'persmbhkan lagu nowseeheart, damai yg hilang.. tapi aku suara tak keluar.. malu gilee.. 1st time kena wat persmbhan dpn org ramai..
yg depan sekali tu.. "ahli baru" kmpl kami.. hee.. hee..

iyee!... dah boleh balik... hampir 2mgg tu duk kat sana... bye! bye! pangkor...
Tuesday, March 3, 2009
Thursday, February 26, 2009
TARGET 2010
Kereta 2nd hand kancil aku tu, aku tak nak jual, sayang… elok lagi pun.. lagipun bukan kena bayar bulan2 dah.. aku bagi jela adik aku guna dulu, ke mak & ayah aku nak guna… sekarang pun aku gi keje jalan kaki jee… tapi tak pela, dekat je pun, dalam 10mnt jee.. leh gak exercise…
Kereta baru tu pun aku beli kalau nak gi jalan-jalan, leh gi ipoh selalu, tak pun mana la tau kalau aku dah malas nak jalan kaki nanti, aku bawa gak kot…
(with my car... warna biru tu yang wat aku sayang nak jual)
2. Nak beli rumah…tak pun sewa dulu la kot… tak pun mohon kuarters la… yang penting aku nak hidup sendiri, nak berdikari la katakan… aku bukannya tak selesa duduk dengan famili sendiri ni, tapi tu laa aku nak cuba hidup berdikari.. sampai bila semua nak mak aku yang sediakan, sampai sarapan pagi pun tiap2 pagi mak aku yang siapkan.. masak tengah hari lagi la tak payah cakap.. aku nak cuba buat semua tu sendiri.. itu pun kalau sempat laa… tapi macamana pun aku akan cuba buat gak..
Tapi yang sebenarnya, aku tahu kalau ayah aku tahu hasrat hati aku yang satu ni, sure dia marah… kalau tak marah pun sure dia terasa… pada dia kalau tak kerana aku berkeje di luar daerah atau dah kawin, jangan harap dia nak bagi keluar dari rumah tu.. (siap dah warning, nak cari jodoh biar yang dekat2 sini jugak, macamana tu??..) keje PPM ni pun dia yang usaha jugak dapat dekat dengan rumah ni… seboleh2nya dia nak aku ni setiap masa ada depan mata dia.. tapi tak pe, aku paham kenapa dia buat semua tu.. tak pe la.. hal ni akan aku usahakan.. slow.. slow..
InsyaAllah.... semoga tercapai la apa yang aku harapkan ini...
Wednesday, February 25, 2009
( kali terakhir jumpa seminggu lepas raya tahun lps kat Giant Tambun)Tuesday, February 24, 2009
ntah apa2 laa...
Itu yang aku simpati sangat kat dia ni, aku nak tolong dia, tapi tak tahu nak tolong camne, tapi yela, nak tolong camne, kalu dia pun tak reti nak tolong diri sendiri.
Kalau ye pun tak minat keje ni, tak payah la sibuk nak mengkomplen keje orang lain, setakat nak banding dengan keje kontrak 3tahun tu apa la sangat. Kita ni kalau dah pengalaman keje 10 tahun pun, tapi bila mula keje tempat baru, tetap sebagai orang yg baru bekerja jugak. So, apa2hal kena banyak bertanya, kena banyak blaja dengan stuff yg lama keje kat tempat baru kita tu. Yelah kalau pikir secara logic nye pun, lain tempat, lain caranya. Apa la salahnya nak bertanya kalau betul tak tahu, apa la salahnya nak blaja sesuatu, walaupun ianya kita tak perlukan lagi, salah ke kita tahu sekadar untuk pengetahuan. Lagi untung apa, kita akan jadi seorang yg berpengetahuan. Sebab tu la aku betul2 kesian dgn dia ni, sia-sia blaja sampe ada ijazah, tapi sebenarnya, apa pun dia tak tahu… harap2 cepat la dia sedar..
Sekarang katanya dia dah mohon KPLI, harap2 cepat la dia dapat… soal camne lak dia nak jadi cikgu tu nanti… Allah jela yang tahu, itu biarlah antara dia dengan Allah, yang penting aku sebenarnya dah malas nak sakit hati dengan dia ni, kalau dia dah tak de nanti, maybe tenang sikit aku, tak payah nak rasa sakit hati lagi… tak payah aku nak rasa berdosa untuk terusan rasa sakit hati aku ni pada dia…
Sunday, February 22, 2009
nak tergelak aku..

pantasnya masa berlalu


(picture masa hari sukan tahunan 12.2.09)
Tuesday, January 13, 2009
Apa perlunya lelaki dalam hidup seorang wanita?
Apa perlunya lelaki untuk dicintai?
Apa perlunya lelaki dalam mencapai apa yang dicita?
Apa perlunya lelaki untuk menjamin masa depan?
Apa perlunya lelaki untuk menjanjikan kebahagiaan?
Apa perlunya lelaki untuk bersumpah setia?
Apakah tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah wanita tidak rasa dicintai tanpa cinta dr lelaki?
Apakah tidak tercapai cita-cita seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah tidak terjamin masa depan seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah tidak bahagia seorang wanita tanpa lelaki?
Apakah wanita tidak perlu bersumpah setia tanpa lelaki?
Tepuk dada tanya IMAN………….
Ikut kata selera…… itu kata nafsu namanya…
Ikut kata IMAN….pasti hidup tenang didunia dan akhirat…
Persahabatan adalah satu perhubungan yang sangat istimewa
Perhubungan yang mulia
Perhubungan yang unik
Perhubungan yang penuh kasih dan sayang, walau tanpa rasa cinta
Persahabatan sentiasa menjanjikan kebahagiaan
Persahabatan tidak membataskan fikiran sesiapa
Persahabatan tidak menentukan siapa besar, siapa kecil, siapa lebih, siapa kurang
Persahabatan menjadikan setiap insan sama sahaja
Yang besar boleh jadi kecil, yang lebih boleh jadi kurang, begitu juga sebaliknya
Persahabatan menjanjikan ikatan yang berpanjangan
Biar jauh beribu batu, biar bertahun tidak bertemu
Namun ingatan tetap terpahat dihati
Persahabatan saling perlu memerlukan, bukan saling dipergunakan
Persahabatan tanda nilai hubungan persaudaraan
Setiap perhubungan perlukan persahabatan
Kerana persahabatan menjanjikan keakraban setiap insan
Kerana persahabatan kita akan lebih rasa dihormati
Kerana persahabatan kita akan rasa sentiasa disokong
Kerana persahabatan kita akan lebih berinspirasi






