Persahabatan………..
Persahabatan adalah satu perhubungan yang sangat istimewa
Perhubungan yang mulia
Perhubungan yang unik
Perhubungan yang penuh kasih dan sayang, walau tanpa rasa cinta
Persahabatan sentiasa menjanjikan kebahagiaan
Persahabatan tidak membataskan fikiran sesiapa
Persahabatan tidak menentukan siapa besar, siapa kecil, siapa lebih, siapa kurang
Persahabatan menjadikan setiap insan sama sahaja
Yang besar boleh jadi kecil, yang lebih boleh jadi kurang, begitu juga sebaliknya
Persahabatan menjanjikan ikatan yang berpanjangan
Biar jauh beribu batu, biar bertahun tidak bertemu
Namun ingatan tetap terpahat dihati
Persahabatan saling perlu memerlukan, bukan saling dipergunakan
Persahabatan tanda nilai hubungan persaudaraan
Setiap perhubungan perlukan persahabatan
Kerana persahabatan menjanjikan keakraban setiap insan
Kerana persahabatan kita akan lebih rasa dihormati
Kerana persahabatan kita akan rasa sentiasa disokong
Kerana persahabatan kita akan lebih berinspirasi
No comments:
Post a Comment