nmbvg

nmbvg

Monday, November 3, 2008

raya aidilfitri 2008

raya kali rasanya cam biasa je.. cuma yg berbezanya bertambah ahli keluarga aku sorang, abang ipar aku laa....dan pada raya ketiga ada satu peristiwa yg tak pernah aku nak jangka..., dan mungkin tak kan aku lupakan.. ianya agak mamalukan aku jugak. tapi aku stay maintain... tapi aku harap sesangat lepas ni jgnlah berlaku lagi... tak suka.. tak suka.. tak suka... tak payah la aku cite apa kesnye, malas nak bercerita pun..

Sunday, September 21, 2008

pendidikan khas

Sedar tak sedar… dah hampir 5 bulan aku bertugas sebagai pembantu pengurusan murid di sk rj muda musa… aku pun rasanya dah mula faham dgn budak2 kelas pendidikan khas ni.. macam2 ragam dorang, ada gak yg wat aku rasa nak marah, yg wat aku nak tergelak pun ada gak.. yg pasti, setiap kali balik umah, bila aku ingat2 kan balik karenah dorang ni mmg menghiburkan hati gak.. yelah, budak2 la katakan… alhammdulillah, akhirnya rezeki aku disini, aku selesa keje disini, drpd banyak2 tmpt yg aku dah bekerja, disini jugak aku rasa tenang setiap kali nak mula buat sesuatu keje.. insyaAllah, aku akan sentiasa berusaha utk melaksanakan keje aku dgn baik, aku tahu banyak lagi yg perlu aku pelajari, tak kira la dr segi apa pun.. lagipun kursus yg disediakan aku tak pergi lagi, maybe tahun depan kot.. tak kisah la, yg penting dr kursus tu nanti dapat gak ilmu pengetahuan yg aku dapat..
Tapi camana pun, masih ada satu lagi perkara yg membuatkan aku runsing.. kalau ikutkan aku malas nak pikir sgt, tapi nak wat camana ada masa tu aku sure terfikir gak, maklumlah fitrah manusia la katakan.. aku tahu, aku sedar, pokok pangkalnya aku kena yakin dengan ketentuan Allah, sesungguhnya Allah tak akan sesekali menghampakan hamba2nya yg sentiasa taat kepadaNya.. jadi, duhai hati, teruskanlah bersabar, akan tiba jua suatu hari nanti, insan yg sudi memenghuni, jgn disangsi lagi ketentuan Ilahi, terimalah dgn seikhlas hati, moga beroleh keredhaanNya… insyaALLAH……

Tuesday, September 16, 2008

tabahkan hatiku Ya Allah!!..

Ya Allah ya Tuhanku.... kenapa harus aku rasakan semua ini..?? KENAPA???... walau ini bukan yg pertama kali..... aku tekad utk tidak merasai semua ini lagi... namun kenapa sekarang aku perlu merasainya lagi.. Ya Allah tolonglah singkirkannya dari hati ku ini.. walau pun utk seketika aku tak mahu merasainya lagi.. kan bagus kalau hidup ini hanya ilusi, pasti segalanya yg indah, tak perlu lagi bersedih, atau berduka lara, namun apakan daya, hidup ini adalah satu realiti, yg harus ditempuhi walau seperit mana pun walau terseksanya jiwa raga ini... memang betul la, selagi mana kita mengharap, pasti akan kecewa akhirnya....... uuwaahh!!!!!....
aku kecewa ke sekarang nii??.... apsal dgn aku ni yek.. tapi yg pasti aku rasa nak nangis je nii...
airmata je tak kuar2 lagi.. uhukk...uhukk.. actually aku baru dpt tau yg hafiz hamidun dah bertunang.... tapi kenapa aku nak sedih ek?, dia bkn pakwe aku pun... tapi aku suka dia... bertuahnya sape tunang dia tu.. bkn snang nak dpt laki cam dia ni.. satu dalam sejuta.. bleh dikatakan 100% dia ada taste yg aku nak.. tapi aku pasrah jela, nak wat camne kan.
Ya Allah kau pertemukanlah aku insan sepertinya... sesungguhnya hanya kau yg lebih mengerti akan hasrat hati hamba-Mu ini..

Ramadhan & Syawal

RAMADHAN,
bertemu lagi pd tahun ini
bagai semalam baruku tempuhinya
entah di terima atau tidak amalanku pd tahun yg lalu
terasa tenang hatiku, terasa lapang mindaku
terasa ringan tulang kederatku
itulah berkatnya berpuasa, dgn berhaus dan berlapar
Ya Allah! tabahkan hatiku dalam menempuhinya
sesungguhnya di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini
dugaan-Mu berat sekali ku rasakan.
Ya Allah! sedaya upaya aku beribadat utk-Mu
sedaya upaya aku menepis segala godaan yg menguji
agar kau terimalah amalanku ini
moga ku nikmati segala keberkatannya buat didunia mahupun diakhirat sana.
SYAWAL,
akan tiba tidak lama lagi
ramadhan akan berakhir
entah mengapa hatiku sebak
benarkah ramadhan telah berlalu
bagaikan tidakku percaya
begitu pantasnya masa berlalu
tapi, itulah kehendak-Mu Ya Allah
yang tak dapat ku hentikan,
namun ku pasrah, yang pasti
amalanku untuk-Mu tidak berhenti disini
tidak ku berputus asa dlm mengapai keredhaan-Mu
moga kau ampunilah dosaku
sesungguhnya aku hamba yg lemah
pada-Mu jua ku mengharap tiada yg lain selain dari-Mu

Monday, September 1, 2008

ramadhan menjelang lagi



alhamdulillah.. bertemu lagi ramadhan pada kali ini.. begitu pantas masa berlalu.. bagai tak terasa skrg dah bulan puasa... seperti biasa dimalam harinya aku akan ke masjid bersama2 dgn famili aku utk bersolat terawih.. suasana tiada bezanya dr tahun2 yg lepas... masih ramai lagi yg hanya buat 8 rakaat shj, kira ok la tu drpd yg tak buat langsung kan.. dan dalam ramai2 itu kelihatan para pemuda pemudi yg masih kuat tulang kederatnya.. eemmm hairan kan, kalau ikutkan apa sj yg dorang nak wat lepas tu?.. yg warga tua aku tgk, bukan sj yg dah bongkok, yg terpaksa solat duduk pun masih gagah meneruskan solat sehingga habis.. sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segalanya.. tapi pada aku kalau tak gi masjid solat terawih cam tak terasa bulan puasa... mungkin dah terbiasa agaknya.. aura bau masjid tu membuatkan aku terasa berada di bulan puasa.. apatah lagi nak raya nanti.. he..he..

YA ALLAH YA TUHANKU, DI BULAN YG PENUH KEBERKATAN INI, KU MEMOHON YA ALLAH, KAU TABAHKANLAH HATIKU, KAU BERIKANLAH KESABARAN DALAM DIRIKU, KAU KUATKANLAH SEMANGATKU, AGAR DAPATKU JALANI IBADAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI DGN SEMPURNA DAN PEROLEH KEREDHAAN DARI-MU..

Saturday, August 30, 2008

kasih impianku 2

KASIH IMPIANKU
melihat wajahmu ada cahaya menerangi hidupku
setiap gerak gerimu ikutan dr Rasul idolamu
keredhaanmu hanya pd yg satu itulah kpd yg mencipta dirimu
biar ada yg mencaci tiada balasan drmu walau sekali
jika ada yg mencintai adakah kau akan sudi
tak dapatku nafikan lagi
apa yg terpendam dihati ini
ketaqwaanmu itu ku dambai
kejujuranmu ku yakini
keikhlasanmu tiada ku sangsi
rasa tenang hatimu dlm kepimpinanmu
hilang gelisah hatiku dlm keprihatinanmu
engkaulah pilihan hatiku

berakhirnya Akademik Nasyid

akhirnya........ seperti yg telah ku ramalkan... AZHAN telah pun menjadi juara Akdemik Nasyid bagi musim yg pertama... tapi aku yakin bukan aku sorang je yg dah jangka, ramai lagi yg dah dapat agak.. kalau ikutkan AIMAN lagi ramai peminatnya, tapi pada aku dr awal2 lagi aku rasa vokal dia tak la semantap mana pun.. aku pun pelik gak camne dia leh sampai ke final ni.. tapi tak hairan gak, sure sbb undian la.. eemmm, lagu ciptaan hafiz hamidun yg dia nyanyi tu pun, cam ok gak la lagunya, tapi lagi sedap kalau hafiz yg bawak lagu tu.. peserta yg lain, pada aku kira ok la jugak..

Sunday, August 24, 2008

kasih impianku

PEMBELA WANITA TERULUNG

ramai insan bernma lelaki yg ku kenali
paras rupa yg menawan ku amati
senyuman manis menawan hati
tutur bicaranya cukup teliti
namun apbila berjanji tak pernah ditepati walau sekali
hai! insan bernama lelaki
sampai bilakah dapat ku fahami
apa agaknya yang terbuku di hati
namun bagi diriku dia istimewa
dia sungguh berbeza
dari dulu sehingga kini dan selamanya
aku cukup kagum dengannya
dengan hatinya yang bersih dan suci
tak pernah sekali ku gusari
kerana setiap gerak gerinya
sentiasa dijaga kerana Allah
setiap kata yg terlafaz olehnya
hanya dari akal kurniaan Allah
dilakukan apa sahaja
demi kepatuhan kepada Allah
biar dicaci dan dihina
biar sakit jiwa dan raga
tak pernah sekali dia berputus asa
kerana dia percaya, keredhaan Allah sentiasa bersamanya
tenangnya hatiku, jika berada dalam kepimpinannya
pasti hilang rasa gelisahku
jika sentiasa dalam keprihatinannya
sememangnya dialah pilihan hatiku
namun apa dayaku
dia tidak pernah kenal siapa diriku
dia juga tak pernah bersua denganku
tapi ku yakin dia amat menyayangiku
sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yg terakhir
tak lekang dibibirnya
menyebut kata ummati.. ummati...
ya itulah umatku.. umatku..
Ya Rasulullah!!
betapa tinggi nilai cintamu
terhadap umatmu
walau kita tak penah bertemu
yakin diriku yg engkau adalah
pembela wanita terulung
begitu sukar bagi diriku
untukku mencari insan sepertimu
dikalangan umat-umatmu
namun ku tetap redha, semua ini ketentuan oleh-Nya
Ya Rasullullah!!
betapa aku rindu padmu
betapa aku cinta padmu
selawat salam ku hulurkan
moga terlepas rasa kerinduan
doa ku panjatkan pada Ilahi
tanda kecintaan yg kekal abadi
semoga cintaku padamu disambut oleh tuhan yg satu
betapa cintaku padamu
harap bertemu cinta Allah yg satu
kerana hanya cinta dari Ilahi
akanku bertemu suatu hari nanti
cinta dari insan yg bernama suami.






konvo adikku nana di UM

konvo nana pada 7hb ogos 2008.





aduhai cinta!!...

dulu aku ada terfikir, melihat dan mendengarkan kes2 penceraian sekarang.. kalau tak kawin pun tak pe.. tak kira la apa puncanya sekali pun.. kata orang cinta tu buta, orang kalau dah bercinta sangup buat apa saje.. ada gak kata cinta tu indah, hidup akan sepi tanpa cinta.. betul ke??... pada aku plak, aku rasa cam orang bodoh je bila dah kemaruk cinta ni.. yelah, mengharap pada yang tak pasti.. apatah lagi bila dikhianati.. cinta juga perlukan pengorbanan, tapi pengorbanan yg macamana??.. apa yg dikatakan pengorbanan dalam bercinta??.. adakah seperti turuti kehendaknya?.. atau memberi apa saja keinginannya?.. atau meminggirkan orang lain hanya utk dirinya walau termasuk keluarga sendiri??.. inikah yg perlu kita korbankan dalam bercinta??.. eemm..., kalau ini lah yg dikatakan cinta, aku rasa lebih baik la aku membujang seumur hidup.. tapi, aku juga tahu, sesunggunya sesiapa yg tiada keinginan utk bernikah, tidak mengaku oleh nabi muhammad sebagai ummatnya.. eemm, sesungguhnya hanya Allah yg maha mengerti segalanya, dan sesungguhnya hanya Allah maha penentu segalanya..

YA ALLAH YA TUHANKU, SEANDAINYA DIA MENJADI MILIKKU, TERCIPTA UNTUKKU, DEKATKANLAH DIA PADAKU, SATUKANLAH HATINYA DAN HATIKU, TETAPKANLAH KEMESRAAN ANTARA KAMI, AGAR KEBAHAGIAN INI ABADI. YA ALLAH YA TUHAN KU, SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU BAWALAH DIA JAUH DR PANDANGANKU, DAN PELIHARALAH DIRIKU DR KEKECEWAAN. YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH DIRIKU KEKUATAN, MELONTARKAN BAYANGANNYA KE DADA LANGIT, AGAR KU RASA BAHAGIA WALAUPUN TANPA DIRINYA, GANTIKAN LAH YG TELAH HILANG, TAMBAHKANLAH YG TELAH PATAH, MESKIPUN X SAMA DGN DIRINYA, SEANDAINYA DIA DTG MENEMUIKU CINTA ITU ADALAH CINTA SEJATI DAN SATU, SEANDAINYA DIA TIDAK DATANG TEMUIKU ANGGAPLAH CINTA ITU TIDAK WUJUD DR AWAL LAGI, YA ALLAH YA TUHANKU, PASRAHKANLAH APA YG ENGKAU TAKDIRKAN, ADALAH YG TERBAIK UTKKU, KRN ENGKAU MAHA MENGETAHUI, BAHGIA YG TERBAIK UTK HAMBAMU INI, YA ALLAH CUKUPLAH KAU SJ YG MENJADI PEMILIH...

Sunday, August 3, 2008

tak de maknanya

Percaya tak kalau saya katakan bahawa persembahan peserta Akademi nasyid lebih MENARIK DAN BEST jika disaksikan di studio secara langsung berbanding menonton di TV dan di webTV.Ini kerana sistem bunyi yang di install di sana menjadikan sound yang terdengar di sana lebih padat dan sempurna (berdasarkan spesifikasi). Jadi, tak hairan lah kalau ada yang kata mereka nyanyi tak perfect (kalau dengar di TV), kerana mereka perform untuk disesuaikan dengan sound sistem di studio.Kalau nak rasakan lebih nikmat, datang lah ke Studio Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam beramai-ramai... ni promo ni hehehe (from blog hafiz hamidun)

tak de maknanya en. hafiz hamidun ooiii.....
kalu dah tak sedap tu, tak sedap gakk... sekarang pun saya dah tau sape akan jadi juara nanti..
lain kali tolong la panggil juri vokal yg lebih berpengalaman dan berpengetahuan, utk menilai peserta2, supaya dorang lebih tau dimana kelemahan dorang dan cuba utk memperbaikinya..
aku tul2 tak paham la, hal cam ni pun dorang leh pandang remeh..

Wednesday, July 30, 2008

I LOVE THIS SONG

Kasih Belum Termiliki
(HAFIZ HAMIDUN)
Telah aku renangi lautan bergelora
Hanya untukku menggenggam kasihmu
Telah ku persembahkan seluruh rona jiwa
Jadi bingkisan semahu kau pinta
Apa lagi perlu aku perkorbankan
Buat membuktikan niat ini akan terzahir ke mata
Apa lagi perlu aku laksanakan
Untuk kau selami dan mengerti kejujuran perasaan
Keperitan rintangan persis mawar berduri
Petanda kasih belum termiliki
Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan
Khabarkanlah mana kesilapanku...



akademik nasyid

eemm... dulu aku mmg ada terfikir gak kenapa la tak de program pertandingan nyanyian utk lagu2 nasyid.. dah banyak sgt pertandingan nyanyian aku tgk kat tv, dah naik muak pun ada.. tapi aku ingat akademik nasyid ni lain drpd yg lain, aku tgk sama jee... mmg tak nafikan peserta2nya sume berbakat, ada kelebihan masing2.. cuma aku rasa tak payah ada undian sms pun tak pe lagi, ini nak cari artis nasyid, sekaligus nak jadi penyampai dakwah dlm menegakkkan/menyebar agama islam.. ini bukan perkara main2 or suka2 apatah lagi nak syok sendri.. lagi satu, sepatutnya adakan kuiz mengenai ajaran islam, setiap kali slepas persembahan kepada peserta2.. utk menguji dimana tahap pengetahuan agama islam mereka, ini penting kerana mereka akan menjadi role model kpd peminat2, tak delah bila ditanya nnt mereka tak tau lak.. anyway, aku tetap sokong la AN ni, cuma tulah aku harap pada tahun depan akan ada perubahan, spt yg aku harapkan ini... jgn tukar host sudah la.. hafiz hamidun tu mmg dah kena sgt... al maklum laa, sumber inspirasiku..;->

Saturday, June 21, 2008

alhamdulillah

alhamdulillah..., dah hampir 2 bulan aku keje sebagai pembantu pengurusan murid di sk raja muda musa... dekat sgt dgn umah aku... terkejut gak bila aku diberitahu aku dapat kat sek ni.. tak sangka boleh gak dapat dkt dgn umah sendri, actually umah mak ayah la.. syukur sgt, tak payah nak pikir dah nak cari umah sewa.. tak payah nak duk dgn member.. phm2 jela leceh skit tingal dgn member ni.. tapi, aku dpt keje kat kelas pendidikan khas, utk budak yg bermasalahan pembelajaran, & ada gak yg hyperactive... sometime mmg tension gak diwatnye dgn budak2 ni.. tapi kira ok lagi la drpd nak melayan org tua kat hosp bahgia dulu.. yg pasti tak payah lg aku nak menghidu bau-bauan yg tak enak (spt najis la). nasib baik budak2 tu tau pegi tandas kalu nak membuang. lgpun yg sbnrnya, aku tak sanggup nak marah2 or tengking2 org2 tua ni, yelah dah pangkat mak & nenek pun, kalu budak2 ni tak pe lg la, tp aku tak la sekejam mn pun, setakat cubit2 skit tu apa la sgt. lgpun bdk ni dlm proses pembelajaran, baru nak belajar erti hidup, so sometime kena lah bertegas gak, demi ms dpn dorg gak, perjalanan hidup dorang masih jauh lagi, terlalu jauh.. walaupun dorng tak seperti bdk normal yg lain, dorg tetap ada ms dpn, dorg tetap ada cita2. so, di sini la, di kelas pendidikan khas ini lah bermulanya langkah pertama dorang dlm mencapai cita2 dorg, walau tak semudah yg difikir, namun kehendak Ilahi, tiada yg mustahil..
cuma masalahnye skrg ni gaji aku tak dapat lg, nasib baik ms kje kat hosp dulu dah dpt, bln pertama kje pun gaji dah masuk, itu jela pun yg untungnye kje kat situ. ada la lg nak menampung belanja aku wat masa ni, tp duk dgn mak ayah ni bnyk gak la dpt savebudget, gi kje pun jln kaki je, mkn pun tak payah nak beli kat luar... balik2 je dah sedia ada he.. he.., mak la yg masak. tp, aku sedar, ada gak ruginye, yela aku tak dapat la nak berdikari, kalau duk sendri sume benda kena wat sendri. yg sbnrnye bkn aku tak suka tau nak hidup berdikari ni. anyway, ada masa aku wat gak sume tu, bila mak tak de, aku masak gak, walaupun sardin je, masak gak tu kan. aku tau mmg ramai yg beranggapn yg aku ni tak leh nak hidup berdikari, tp aku tak pernah pun nak mengharap kat mak & ayah aku je, perkara yg leh aku settle sendri, aku settlekan sendri. aku ni pun snbrnya bukannye jenis yug suka m'harapkan org lain, aku pun tak suka nak menyusahkan org. susah2 aku, aku sorg je yg tau.. yg pasti aku tetap dgn pendirian aku, biarla apa org nak pikir pasal aku, aku tetap aku.


Friday, May 23, 2008

dah rezeki

Pada 3 march 2008 aku telah mula berkhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 di Hospital Bahagia, Ulu Kinta.. actually kiranya 6hb la, 3-5hb aku telah mengikuti kursus orientasi dengan JKN.. so, 5hb tu la baru aku dapat tau yg aku kena posting di hospital bahagia tu..
Semmgnya aku tak pernah terduga aku akan dapat di situ. Tapi nak buat camne, nak tak nak aku terpaksa terima. Pada awalnya mmg susah utk aku biasakan diri, maklum la, seumur hidup aku selama ni aku tak pernah pun masuk dalam wad orang sakit jiwa ni, mmg aku tak dapat nak bayangkan langsung camne keadaan pesakit2nya. So, bila aku dah mula bertugas, mmg tension dibuatnya, keadaan pesakitnya tak sama dgn pesakit yg kat hospital biasa ni. Tp tak pe, aku usaha jugak utk tabahkan hati mengharunginya. Dah la pulak tu, kuarters yg aku mohon tak dapat2 lagi, ntah apa prosedurnya, nak tgg meeting dgn pengarah la, nak uruskan itu ini la, tp bila nak masuk api & air, aku gak sendiri kena pergi TNB & LAP, sabo jele aku. Tp tak pela itu pun aku tgg jela, asalkan dapat, jgn trus tak dapat sudah. So, sementara tu aku tumpang la rumah sorang stuff lama kat situ, kebetulan dia mmg tinggal sorang. Dah sebulan lebih, baru la aku dapat masuk rumah aku tu, kuarters lama, lantai pun simen je, kena la beli plak tikar getah, dah tu ayah aku pun siap cat lagi, mana taknye abis dinding kat dalam bilik dah jadi cam lukisan aku tengok, kalau cantik tu tak pela gak, anak2 stuff yg dulu tingal kat situ la punya keje. Aku pun siap la beli itu, ini utk keperluan yg lain. Penat mmg penat la, tp lega la gak, dah tingal kat rumah sendiri ni kan, faham2 jela kalau tumpang rumah orang ni.
Bila semua tu dah settle, tup2.. satu hari tu mak aku call, bgtau yg aku dapat plak keje sebagai Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.. masa tu aku terkata apa la, yela baru je nak abis penat mengisahkan rumah tu, aku ingat dah tak de la benda aku nak pikir lg dah. Aduh!, mmg letih dibuatnya.. tp bila aku dah pikir2…, aku pun terima la keje tu. Sbb apa?, 1st thing yg aku pikir, tak payah nak keje shif lagi, confirm ada cuti hari sabtu & ahad. Yela, kalau keje shif ni, bkn tak de cuti sabtu ahad je, raya puasa nnt pun kena keje gak, tak sanggup aku. Lagipun gajinye lebih la skit dari keje aku sekarang ni. Cuma yg letihnya, kali ni pun ada gak kursus orientasi selama 3hari, mula 12-14 mei ni, sama la juga posting akan di beritahu pada 14hb selepas selesai orientasi tu. Harap2 dapat la tempat yg ok & selesa.. jgn la tempat yg aku tak pernah nak duga lagi.. but anyway, aku kena la terima jugak, biar dimana pun, camne keadaannya pun, akan aku biasa kan diri, dan akan aku tabahkan hati utk mengharunginya.. coz, bagi aku segalanya baru bermula, akan aku pastikan kehidupan aku pada masa akan datang lebih bermakna dan dirahmati ALLAH sentiasa…




"perjalananku masih jauh, Ya Allah kau berkatilah setiap langkahku, agar dapat ku kecapi keredhaan-Mu"


ulangtahun mak & ayah

ulangtahun perkahwinan mak & ayah pada 20hb 12 2008 yg ke 23thn




























Saturday, January 19, 2008



aku baru je beli album AMAR ni... first time aku dgr lagu Remaja Kita mmg cam pelik la skit.. tp camner pun dia dah berjaya membuat satu perubahan... yg sesuai dgn vokalnya.. banyak kali aku dgr lagu tu cam best lak.. dan membuatkan aku akan ingatnya wat selamanya.. lagu2 yg lain lak, yg paling menyentuh hati aku adalah lagu AMANI... tak pasti lak aku lgu ni dia tujukan untk sape, tp mmg best giler.. tiap kali dgr lagu tu, rs tenang je.. tambah lak dgn vokalnye yg 'cool' tu... leh dikatakan aku suka la sume lagu dlm album ni... tahniah wat AMAR........

aku harap AMAR akan sentiasa menjadi pendorong kpd remaja masa kini termasuklah aku sendiri, dalam mencari erti hidup yg sebenar... justeru berjaya hingga ke akhirnya...... INSYAALAH....

ERTI HIDUP PADA USAHA

nur ilahi

NUR ILAHI

Di Luar Jendela
Ku Lihat Gelapnya Cuaca
Hujan Berderai Jatuh Mencurah-Curah
Kilat Berdentum Sambar Menyambar

Dinginku Rasakan Dikala Ini
Sedinginnya Air Dikali
Dingin Lagi Sungai Yg Mengalir
Sedinginnya Tubuhku Disaat Ini

Terasa Kebas Kakiku
Untuk Meneruskan Perjalanku
Terasa Beku Semangatku
Bersama Kecutnya Mindaku
Samar Pandanganku
Bingitnya Pendengaranku
Di Kamar Ini Terlantarnya Diriku

Mampukah Ku Berdiri Semula
Inginku Berbicara
Entah Dengan Siapa
Terdetik Hatiku Berkata
Semoga Terdengarlah Oleh-Nya
Ku Teruskan Jua Berkata
Agar Terpancarnya Cahaya

Tiba-Tiba Ku Buka Mata
Ada Cahaya Yang Memancar
Bahangnya Kiniku Terasa
Tergerak Kakiku Melangkah
Selimut Yang Menyelimuti Ku Campak
Kini Haluanku Telah Ku Nampak

Dengan Rahmat-Mu Tuhan
Ku Teruskan Perjalanan
Walaupun Terpaksa Bersendirian
Tak Kan Ku Gentar Pada Cabaran
Akanku Sahut Nama-Mu Tuhan
Di Akhir Perjalanan
HALUAN YANG TAK PASTI

Di Tengah Lautan Ini
Aku Seorang Diri
Mencari Tebing Menyelamatkan Diri
Dari Arus Ombak Yang Menggulung
Aku Terus-Terusan Hanyut Dibawa Arus
Ku Sendiri Tak Pasti Manakah Haluanku

Ya Allah!
Tidakku Berdaya Lagi
Menempuh Semua Ini
Kau Selamatkanlah Diriku Ini
Jangan Biarkan Aku Terusan Begini
Selama Ini Dalam Hidup Yang Tak Pasti
Sesungguhnya Ke Jalan-Mu Inginku Kembali

Ya Allah!
Kau Tabahkanlah Hatiku
Kau Tetapkanlah Keimananku
Kau Bukalah Pintu Hatiku
Kau Jauhilah Aku Dari Kemurkaan-Mu
Kau Lindungilah Aku Dari Malapetaka-Mu

Ya Allah!
Tidakku Sanggup Sendiri Lagi
Menempuh Segala Ini
Kau Bantulah Hamba-Mu Ini
Pertemukan Insan Yang Sejati
Bisa Menemani Aku Dalam Pelayaran Ini

Thursday, January 3, 2008

POLIKLINIK

Akhirnya, 1hbJan 08 aku telah pun bermula berkerja disebuah poliklinik swasta. Bukan senang gak keje kat situ. Banyak aku kena tau. Especially psl ubat, aku bknnya minat sgt nak ambik tau psl ubat2 ni. Nak makan ubat pun aku tak minat, kecuali panadol la…
Dah tu lak, nak melayan karenah stuff yg lain tu, maklum la ramai orang, banyak la ragamnye… lagipun baru 3 ari je aku keje, so aku tak tau lagi yg sebenarnya dorang tu macamana. Yg pasti dorang sure tension, mana nak ajar aku lagi, nak buat keje dorang lagi, cam semalam banyak gak kesilapan yg aku buat. Tapi aku bukan sengaja. Nak salahkan aku pun tak bleh gak. Tapi tak pe, berlajar dari kesilapan, itu yg akan buatkan aku akan ingat sampai bila2. Tapi apa pun ni satu pengalaman buat aku. Semakin meningkat usia, semakin banyak sebenarnya yg kita kena tau.
Tapi aku ada gak yg tak puas hati, ada la sorang stuff ni, dia yg buat silap tak nak mengaku. Tau la dah lama keje kat situ, dah jelas dia yg buat silap. Dah tu nak bermasam muka dengan aku lak. Nasib baik dia tak salahkan aku… kalau tak nahas la… lepas tu dia dah tak cakap dengan aku pun, bila dah petang skit baru la dia ada tegur aku. Aku pun buat biasa jela, buat la cara orang baru kan. Nanti kata sombong lak… dah tu aku pun ikut jela apa yg dorang suruh aku buat, biarlah nampak cam aku ni orang bodo pun, jgn nanti lak dorang pikir aku ni nak tunjuk pandai lak..
Dah tu lak, ada kawan aku tu kawan dia pun ada minta gak keje kat poliklinik ni, ada gi skali masa interview dgn aku, tapi tak dapat, padahal dia dah ada pengalaman keje kat klinik yg lain. So, aku pun pelik gak camana aku leh dapat, maybe rezeki aku la kot. Tapi kalau ikutkan Dr. kat klinik ni mmg kenal sangat dengan parents aku. Tapi ayah aku tak lak pernah call atau minta dia bagi gak keje tu kat aku. Yelah, kalau ikutkan aku ni cuma ada pengalman jadi operator telefon & menjahit baju je… skali leh lak dapat keje kat klinik… payah gak, mmg banyak tul benda yg aku kena tau & nak ingat… apa2hal pun aku akan cuba gak lakukan yg terbaik.. hanya Allah maha mengetahui sejauh mana kemampuan aku dan sejauh mana usaha yg telah aku lakukan…
Inspirasiku
1) NORMAN= (SAPE YG TAK KENAL)


2) AMAR=>

3) HAFIZ HAMIDUN =>






“sejauh mana kemampuan kita, sejauh mana kebolehan kita, sejauh itu impian & cita-cita kita. Jadi ketahuilah dimana kemampuan & kebolehan kita, agar kita tahu apa impian & cita-cita yg selayaknya, yg ianya adalah yg terbaik utk kita”.

“bermula dengan minat, diiringi dengan kesungguhan, dilaksanakan dengan usaha yg gigih, pasti kejayaan akan diperolehi”.

“beribadatlah kamu, seolah-olah kamu akan mati pada keeesokan hari, & berusahalah kamu, seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”.

“sesungguhnya, seorang yg sentiasa berusaha utk memajukan diri, pasti akan dihormati”.