nmbvg

nmbvg

Monday, December 17, 2007

TANPA-MU (AKU TANPA CINTA-MU)

Mentari terpancar menerangi dunia, kicauan burung sahut-menyahut, aduh! Beratnya mataku, dinginku rasakan, berat untukku melepaskan selimut yang menyelimuti seluruh tubuhku. Namun, kugagahi jua selimut yang menyelimuti ku campak ke tepi, dengan pandangan yang agak samar, jariku pantas mengosok mata agar pandanganku jelas kembali. Kaki ku terus melangkah ke bilik mandi. Setelah selesai membersihkan diri dan menghias diri, ku terus ke meja makan di dapur, kelihatan diatas meja terdapat secawan kopi siap dibancuh dan beberapa ketul jemput-jemput tersusun rapi didalam pinggan. Telahku agak, setiap pagi itu sahajalah yang dihidangkan oleh ibuku. Kuteguk sekali air kopi dan mencapai seketul jemput-jemput, lantas kakiku melangkah pergi. Untuk apa aku tergesa-gesa?. Adakah kerana kau aku tidak sabar ke sekolah untuk berjumpa dengan guruku? Ah!! Itu bukan aku la! Aku tak sabar nak berjumpa dengan rakanku yang kononnya 'rakan sekepalaku'. Dibelakang gerai pak mat kami aturkan pertemuan pada pagi itu. Sebelum kakiku melangkah ke gerai pak mat, mataku berlegar ke kiri dan ke kanan, kalau-kalau ada yang memerhati gerak-geri aku. Kuteruskan langkahku, rakanku sedia menanti betapa setianya rakanku ini. Setiap kali pasti tepati janji. Kenapa aku berada disitu? Bukankah sepatutnya aku ke sekolah untuk menimba ilmu? Sedang rakanku yang lain bergegas menuju ke sekolah yang tidak jauhnya dari perkampunganku?, ah!! Semua itu tak penting bagi aku, yang penting aku inginkan kebebasan. Kalau aku jejakkan kaki ke sana pun ada sahaja mata yang menjeling sinis terhadapku. Guru2 ku juga asyik nampak kesalahan aku sahaja. Aku tahulah aku ni bukanlah pelajar pintar. Aku juga tahu, hanya pelajar pintar sahaja yang menjadi anak murid kesayangan cikgu. Jadi, tiada alasan lagi kenapa aku harus menghadirkan diri ke sekolah itu. Mujurlah aku bertemu dengan rakan yang 'sekepala' dengan ku ini.
Berkepul-kepul asap keluar dari muncung bibirku, sambil rancak berbual dengan rakanku. Cukup teliti mereka mengatur rancangan, penuh dengan starteginya, memang hebat rakanku ini. Salah satu rancangan mereka, malam itu mereka bercadang untuk sertai lumba haram bersama-sama orang di Pekan Kuala. Aku dipelawa bersama. Tanpa berfikir panjang aku hanya setuju untuk sertai mereka. Jika perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan, untuk apa fikir panjang lagi. Inilah masanya untuk aku buktikan kebolehan aku, yang selama ini aku pendamkan kerana tidak berpeluang untuk menyertainya. Tepat jam 1.00 pagi, tanpa pengetahuan ibu dan ayahku, yang sedang lena diulit mimpi, satu persatu langkahku atur menuju ke muka pintu, setelah melepasi pintu keluar, dengan pantas aku terus berlari mendapatkan rakanku yang sedia menantiku di tempat yang dijanjikan. Itulah saat yang aku inginkan selama ini. Tidak pernah aku rasa sebebas begini. Seolah-olah dapat ku rasakan seperti seorang banduan yang tiba masanya untuk dibebaskan dan terlepas dengan segala hukuman. Terasa berat pula untuk aku berpisah dengan rakanku itu. Aku rasa hidupku adalah bersama-sama dengan mereka. Namun, rakanku telah pun berjanji, itu bukanlah perlumbaan yang terakhir. Selepas ini, pasti mereka membawaku lagi. Sememangnya aku yakin dengan janji mereka, yang tak pernah mungkir walau sekali.
Begitulah rutinku sehari-hari. Aku semakin suka untuk melakukan semua itu. Tambahan lagi, setelah tiga kali berturut-turut aku memenangi perlumbaan itu. Rakanku juga bangga dengan kehebatanku itu. Kemenanganku itu juga, bukanlah kemenangan “kosong”, aku juga diberi “hadiah” yang cukup lumayan dalam bentuk wang ringgit. Dengan adanya wang sebanyak itu, lebih banyak lagi perkara yang boleh aku lakukan. Apa sahaja!, yang aku inginkan. Tidak lupa juga untuk belanja rakanku yang setia itu, yang telah meminjamkan aku motosikalnya, sehingga aku beroleh kemenangan ini. Mungkin, suatu hari nanti aku akan mencatat kemenangan dengan menunggang motosikal milikku sendiri. Ya! Itulah impianku.
Tanpaku sedari, hampir 2 minggu ku tidak ke sekolah. Pihak sekolah menghubungi ayahku dan memberitahu akan hal itu. Saatku pulang ke rumah kegiranganku hilang tiba-tiba, apabila melihat ayahku yang sedang tegap duduk diatas sofa diruang tamu. Dengan tegas, ayahku mengarahku untuk duduk disebelahnya. Aku akur dengan suruhannya. Ayahku tidak berkata apa-apa buat seketika. Selepas beberapa minit, ayahku bersuara dengan nada yang amat kesal, mungkin ayahku tidak berdaya lagi untuk memarahiku. Selama ini pun, aku tidak pernah endah walau sekali akan tegurannya. Tegurannya itu bagiku tidak memberi makna apa-apa bagiku, ianya hanya membosankan. Ayahku menyatakan keputusannya unutuk diriku. Aku tidak perlu lagi ke sekolah, dan ayahku menyarankan aku untuk bekerja dengan sepupunya di sebuah bengkel kereta yang terletak dihujung kampung. Sekurang-kurangnya, terlepas satu bebanannya untuk menyara hidupku lagi. Mulai saat dan hari itu, ayahku tidak perlu lagi memberi walau sesen pun kepadaku. Aku setuju dengan keputusan ayahku itu. Walaupun aku tidak berapa minat dengan kereta, aku lebih berminat dalam hal motosikal,sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi menipu ayah dan ibuku untuk ponteng sekolah setiap hari. Mungkin masa aku akan lebih untuk bersama-sama dengan rakan-rakanku. Seperti biasa, setiap malam pasti aku tidak akan ketinggalan untuk menyertai perlumbaan haram itu, ianya satu keseronokan bagi diriku.
Sehinggalah pada satu malam, nasib tidak menyebelahiku sedang asyik aku memecut laju, jauh ku tinggalkan lawanku. Fikirku pasti kemenangan menjadi milikku pada malam itu. Tiba-tiba, terpancul didepanku, kelihatan polis sedang menjalankan sekatan jalan raya. Pantasku memberhentikan motosikalku. Ku alihkan motosikalku untuk patah balik, terus ku pecut laju, sesekali aku toleh kebelakang, kelihatan pulis sedang mengekoriku. Tak mungkin aku akan biarkan polis itu mendapatkan aku. Tiba-tiba, penglihatanku samar dengan cahaya yang terang-menerang. Aku cuba mengelak dari cahaya , dan aku dapat rasakan yang aku telahpun tersungkur dan terlantar diatas jalan raya. Aku tidak berdaya lagi. Seluruh tubuhku terasa lemah dan segalanya telah hilang dari penglihatanku.
Kugagahi membuka mataku, ku terlihat kipas disyiling ligat berputar. Ku menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa pun yang kelihatan. Tiba-tiba muncul seorang gadis lengkap berpakaian serba putih. Dia agak terkejut melihatku. Lantas dia berlalu pergi. Seketika selepas itu, dia kembali semula, kini dia tidak keseorangan, dia bersama dengan seorang lelaki yang pada anggapanku berumur dalam lingkungan 30-an. Kemas dan segak pakaiannya. Teras tanganku disentuh, entah apa yang mereka lakukan padaku, aku pun tak tahu. Setelah agak lama aku amati keadaan disekelilingku, baru aku dapat meneka, yang aku sekarang ini berada di hospital. Terlintas kembali difikiranku apa yang telah berlaku sehingga ku terlantar disitu. Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan?. Aku telah lakukan kesalahan yang besar. Kerana keseronokanku selama ini, aku telah derhaka kepada ibu dan ayahku. Teringatku kembali, sewaktu aku masih kecil. Saat aku sakit terlantar diatas katil, ibuku setia disisi. Disuapnya makanan ke mulutku. Dipastikannya aku dalam keadaan yang selesa. Tapi, kini kenapa ibuku tidak kelihatan?. Ayahku juga tidak ada, ayahku mungkin sedang bekerja agaknya, fikirku disaat itu. Setelah lama ku menanti kehadiran ibuku, namun masih tidak kelihatan lagi wajah ibuku dikala itu. Hatiku juga mula merasa resah. Terasa inginku bangun dan berlari pergi mencari ibu dan ayahku. Tetapi, entah kenpa terasa amat berat untukku mengangkat kakiku. Aku cuba meraba-raba kakiku, dapatku pegang kaki kananku, ku terus mencuba untuk memegang kaki kiriku, tapi aku tak dapat merasakannya. Aku mencuba untuk menggerakkannya, tapi aku masih tidak dapat merasakannya. Ya Allah! Aku telah kehilangan sebelah kakiku. Kaki ini yang sepatutnya aku bawa jejaki ke sekolah untuk menimba ilmu. Telah hilang dengan tanpaku sedari. Aku menangis semahu-mahunya. Walauku sedari, andai kering airmataku sekali pun, semua itu tetap telah berlalu.
Tersentakku seketika, terasa bahuku disentuh oleh seseorang. Lantasku menoleh kebelakang, Pakcik Din rupanya. Sepupu ayahku. Pakcik Din yang membenarkan aku bekerja di bengkel kereta miliknya setelah aku tidak ingin lagi bersekolah. Mataku juga berlegar kesana-sini mancari jika ibu dan ayahku ada bersama. Namun, aku hampa, mereka tetap tidak kelihatan. Ku bertanya pada Pakcik Din, dimana ibu dan ayahku?. Pakcik Din menundukkan kepalanya buat seketika. Raut wajahnya seolah-olah menunjukkan amat berat untuk dia menjawab soalanku itu. Ku terus menanti jawapan dari Pakcik Din. Mataku tepat menatap wajahnya. Pakcik Din akur, dengan kepayahan, Pakcik Din menjelaskan segalanya. Begitu sukar untuk mempercayainya. Tapi, itulah yang berlaku. Kedua ibu dan ayahku telah kembali ke rahmatullah. Ayahku pergi kerana diserang penyakit jantung. Itupun kerana selepas dia mendapat tahu berita mengenai diriku yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Apatahlagi dia mengetahui punca berlakunya kemalangan itu. Segala teguran dan nasihatnya selama ini, tak pernah ku endahkan. Mungkin inilah balasan yang kuhadapi dari sikap tak endah aku itu. Ibuku pula, terlibt dalam satu kemalangan, teksi yang dinaikinya untuk ke hospital untuk menjengukku, bertembung dengan sebuah lori. Selama ibu menjagaku, memberiku makan dan minum. Tak pernah sekaliku berterima kasih kepadanya. Aku lebih senang berterima kasih kapada rakanku, yang kerana mereka aku disini, dan kini aku tidak dipedulikan lagi. Bagaimana sekelip mata aku perolehi keseronokan, sekelip mata jugalah aku kehilangan segalanya. Ya Allah!, betapa kemurkaan-Mu ku dapat diatas penghinaanku terhadap-Mu selama ini. Ya Allah!, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, jangan Kau biarkan aku terus begini. Setelah aku hilang segalanya, bagimana harusku hadapi semua ini. Tanpa keampunan-Mu, tanpa kasih dan sayang dari-Mu. Sesungguhnya aku tidak disini jika TANPA-MU YA RABBI!!!.........


>>TAMAT<<

Sunday, December 2, 2007

sabo jele.....

Aduh!! Sabo je le aku… dugaan tul la… tak pe…tak pe.. sesungguhnye pengalaman itu mengajar aku erti hidup… memang pun… betul2 bagi aku banyak pengajaran… bukan ape… aku ni saje jela la nak tekad la konon… actually, aku ada ikut kawan aku ni gi interview keje kat kilang elektrik ni… maklum la, aku pun dah lama sangat asyik duk rumah je.. so aku pun ikut la dia, walaupun ayah aku tak kasi, aku tak tahu apa yg sebenarnye yg membuatkan ayah aku tak suka sangat aku keje kat kilang.. aku tahu la kebanyakan orang yg keje kat situ tak berpelajaran tinggi pun.. tapi bagi aku tak de la masalahnye… lagi satu, ayah aku risau sangat kalau aku terpengaruh dgn orang2 yg tak senonoh katanya.. iye.. tu memang tul.. tapi aku rasa selagi aku masih waras, aku masih lagi leh bezakan mana yg baik mana yg buruk.. aku keje situ nak keje je… nak duit… bukannya nak bercampur dengan orang sangat pun… tapi, setelah jenuh aku nak memujuk, ayah aku pun kasi la, lagipun katanya, sebab ada kawan aku tu, kawan aku tu pun ayah aku dah kenal sangat, dah brape kali pun slalu dtg umah aku.. aku bgtau nama kawan aku tu sbg “J” jela kot, so ayah aku pun izinkanlah aku gi dgn si J ni…
Pada 12hb 11 yg lepas aku pun gi la kilang yg dimaksudkan dgn si J ni, bersama-sama adiknya yg bernama si “N”…. N ni dulu dah keje kilang gak, tp kat kilang lain, saja nak ubah angin katanya tu yg minta skali dgn kitaorg kat kilang tu lak… pagi dalam kul 8am kitaorg pun bertolak la, dgn menaiki krete kancil aku tu, si N yg bawak, sebab aku tak tahu pun jalan nak ke kilang tu… N kata dia tahu jalan nak kesana… tapi tu pun sesat gak.. terpaksa la tanya kat orang lak… akhirnya kitaorg pun sampai gak kat kilang tu dalam kul 9.30am… nak kata ramai yg dtg interview nye tak la gak, adala dalam 10 org cam tu… tapi kilang kan, dorg sentiasa je ada wat open interview, so bila2 ms pun leh gi.
Selesai la interview kitaorang dalam kul 12.30pm… bayangkan, pagi tu aku dah la tak sempat nak makan, lapo giler, tp sabo jele… lepas tu apa lagi kitaorg terus serbu KFC la.. nasib baik dekat je dr kilang tu, nak kata dekat pun tak la dekat sgt, tp leh la… so, tamat utk firstday nye.. oopss.. lupa lak ari tu gak kitaorg dapat keje kat kilang tu…
Kitaorg pun dikehendaki mula keje 14hb 11… tapi rupa2nya, si J ni tak dapat lak pulak, sebab result SPM dia ok, dah tu dia ada STPM lagi, so, sehari sblm tu pihak kilang tu call dia kata dia tak dapat la keje kat situ, frust juga si J, dia pun mengharap gak.. tp nak wat camne kan.. so, penyudahnya aku dgn si N ni jela yg gi…
Pendek kan cite la, yg menjadi masalahnye, pakwe si N ni tak kasi dia keje kat kilang tu, sebab kitaorg terpaksa duk umah sewa, kalau nak berulang alik, jauh sgt, kalau tmpt keje kilang dia yg lama tu, dekat la skit.. Transport pun ada.. yg kilang ni kalau dr umah aku memang ada transport nye, dr umah si N ni yg tak de. Tu yg kitaorg terpaksa gak duk umah sewa tu, nasib baik la kawan kpd kawan si N ni ada bilik kosong kat umahnye.. aku pun mulanya kalu leh tak nak gak duk umah sewa ni, pikir gak mak & ayah je nnt tinggal kat umah…tp masalahnye, bas yg akan dtg ambik nanti awal pg dah kena kuar umah kul 4.30am.. start keje kul 7am…. Sampe kilang tu dalam kul 6.30am, bila masanye aku nak smbhyg subuh, dalam bas??... balik pun kuar kul 7pm… sampe umah dalam kul 9pm, bila msnye aku nak smbhyg maghrib.. dalam bas??....tu yg jadi masalahnye… ayah pun suruh gak duk umah sewa tu.. umah tu dekat je dgn kilang tu, tak sampai 10 minit pun.
So, berbalik kpd masalah pakwe si N ni tadi, rupanya pakwe dia ni merajuk sampe seminggu, tak sms dia, tak call dia, dia call pun tak jawab… mslh org bercinta la katakan… bosannn….
18hb 11 baru kitaorg nak msk umah sewa tu, ms 14-16hb kitaorg berulang je dr umah aku, N tido umah aku, lagipun ms tu kitaorg masuk keje kul 8am & sampe kul 3pm je..
Yg membuat kan aku sakit hati tu, malam 18hb tu la baru dia bgtau aku yg dia terpaksa berhenti keje, kiranya dia ikut jugak la kata pakwe dia tu.. aku punya la dah semangat ni nak mula keje, dah berangan dapat gaji lagi. Dah la malam tu gak aku tgh tgk show kmpln Mirwana & As-Saufee kat dewan sek kat tmpt aku ni, langsung tak semangat aku diwatnye..tu tak pe lagi, aku pun bgtau jela dia yg aku pun nak berhenti gak la, lgpun ayah aku bukan nye kasi pun kalau tak disbbkan ada dia, so takpe la aku ingat dah settle takat tu, aku pun tak bgtau ayah aku lagi, ingat pg sok je nak bgtau.. dah tu pulak, pg2 tu dia call aku, dia bgtau yg dia nak kitaorg keje sampe 7hb 12 pulak, ms tu mmg la dah leh dpt gaji, so, aku nak kata apa, aku pun kesian kat dia, dia pun kata dia nak bertunang, aku pun ikut jela..
So, 18hb tu kitaorg pun gi la umah sewa tu, mak & ayah aku pun ikut skali, biasa la, dorang sure nak tgk gak camne tmpt yg aku nak tinggal tu, kitaorg gi dgn 2buah krete, ayah dgn mak naik krete ayah, aku dgn N naik krete kancil aku la.. sepanjang perjalanan tu pun aku dah mula rs cam tak best je…(nasib baik bukan aku yg drive, kalau tak, dah lepas kemana dah) mn taknye, mak & ayah aku tak tahu lagi ni yg aku nak berhenti, si N tu la yg tak bagi aku kasi tau.. mak bapak dia pun tak tau menahu, katanya nanti dia nak bgtau mak bapak dia yg dia failed ms training, sblm keje dlm line ada training, tp yg sebenornye, bukan susah sgt pun training tu.. tp tak pela, dia bijak kan.. aku pun sabo je lagi, ikut jela apa katanye..
19hb 11 lps kitaorg balik keje ptg tu, dia gi jumpa pakwe dia, pakwe dia ada balik kg cuti katanye, dorang ni sekampung. Pakwe dia pun dtg ambik dia kat umah sewa kiatorg, tu pun tgg kat stesen minyak kat depan simpang nak masuk umah kitaorg tu.. aku la yg gi anto, dia pun gi la dgn pakwenye tu naik motor.. tu pun aku dah tak sedap ati tu.. ingat pakwenye naik krete, bukan mslh materialistic ye.. phm2 jela kalau dah berdua naik motor, bukan laki bini lak tu.. tu pun ntah kemn dorg gi tak tau la.. tak pe, tu pun aku biarkan je… aku malas nak ckp apa..
Dah nak kul 9pm baru la dia balik, pakwenye anto sampai depan pintu pagar lagi, msk2 je umah dia tak cakap apa, dia terus masuk bilik, aku pun ikut je dia, aku tgk dah berair dah matanye, pulak dah, ntah mslh apa pulak, aku pun tanya la dia.. mula2 dia geleng kepala je… aku pun dah malas nak tanya utk kali kedua… dalam beberapa minit lepas tu tiba-tiba lak dia ckp “pompuan tak guna, tak sedar diri”, sambil bleh dia hempas hp di ke dinding.. aku pun tanya la apa hal lak ni, tiba2 nak mengamuk tak tentu pasal. Sambil tersedu sedan nangis tu dia pun cite la kat aku, yg pakwenye ada layan pompuan lain ms seminggu merajuk dgn dia tu, tu pun katanye dia ada terbaca sms kat hp pakwe dia tu, ayat jiwang2 lagi katanye… dia pun naik berang la.. dia kata dia memang tak leh terima kalau pakwe dia tu ada layan pompuan lain, tapi dia pun ada mengaku yg dulu pun dia pernah curang dgn pakwe dia ni, dorg ni bercouple ms kat sekolah lg. ntah apa2 la, aku pun tak paham, dah tu dia tak puas hati lg tu, bleh dia call pompuan tu, sblm tu dia ada la tanya pendapat aku, apa yg patut dia wat. So, aku ckp la dgn dia, yg apa2 hal pun cuba tanya baik2 dgn pompuan tu. Dia pun call la pompuan tu, mula2 dia mmg la ckp elok2, pompuan tu pun mmg mengaku yg dia mmg ada bersms dgn pakwe dia, kononnye pakwe dia ada cite psl dia kat pompuan tu, pakwenye stress la, ntah apa2 lagi la.. dia tak puas hati lg tu, dia call lak pakwe dia tu, sbb katanye, pompuan tu ada kata yg pakwe dia ada cite yg dorang dah putus, bila dia tanya pakwe dia, pakwenye tak mengaku.. ntah brape kali la, jap dia call pompuan tu jap dia call pakwenye tu, tak cukup kredit dia, hp aku lak jadi mangsa, tak pe.. aku ni pemurah orgnye… aku bagi je la dia…
Penyudahnye, leh dia nak minta aku pinjamkan krete kat dia, dia nak balik kg malam tu gak, dia nak settle kan malam tu gak katanye, dia nak jumpa pakwenye tu… gilaa… dgn keadaan dia yg separuh nak gile tu… ingat senang2 aku nak bg. Aku pikir gak psl keselamatn krete aku tu, of course la kan, aku pun ada gak pikir pasal dia. Dah kami berdua sama2 dtg situ, so apa2 hal pun aku bertanggungjwb la.. sungguh2 dia merayu kat aku ni, aku tetap tak kasi, aku try gak cool down kan dia, dia pun dah relax skit, tapi nak kul 2am gak la dia bercakap telefon dgn pakwenye… selagi tu gak lak aku pun tak leh nak tido…bila dia dah abis ckp tu, dia dah gi mandi, dr balik kul 9 tadi dia tak mandi2, smbhyg pun… tak payah ckp la, mn tak cam dah rasuk dek setan…. Baru la aku pun dpt tido dgn lenanye, tu pun aku siap letak kunci krete & kunci umah kat bwh bantal aku… phm2 jela, org kalau dah rasuk dek setan dah tak ingat apa dah…takut aku…
Tak abis lagi tu, esoknye (20hb), dia nak jumpa gak pakwenye tu, so kitaorg pun ponteng la keje ari tu, nak gi keje pun bangun pun dah nak kul 10am, msk keje sepatutnye kul 7am, bagusnye anak dara ni kan…;-p… lgpun aku dah cam tak de mood nak keje pun, dr awal ari tu lg dah.. kitaorg pun gi la makan kat KFC… ari tu gak lak 1st time aku tak abis mkn ayam KFC yg menjadi favorite aku selama ni.. maybe sbb tgk muka pakwenye tu yg m’buatkan aku hilang selera…tak la hebat mana pun, setakat laki cam tu je yg wat dia separuh nak gile.. ntah apa2 la.. memalukan kaum tul la si N ni… ms dorang borak2 tu, aku pun terfikir la balik, rs menyesal sgt, aku pun teringat kat mak & ayah aku, jiwa aku tul2 tak tenang selagi tak bgtau perkara yg sebenar2nye kat dorang.. so, aku pun decide nak b’henti keje, tak payah nak tgg sampai 7hb 12, tak kisah la tak dpt gaji pun, aslkan jiwa aku tenang, N pun setuju je, dia tak lak banyak ckp, kalau dia banyak ckp pun aku peduli apa..so esoknye (21hb) kitaorg pun berkemas la utk balik kg, aku pun ada la tinggalkan RM50 utk umah sewa, melayang lagi duit aku, tak kisah la.. tu pun, leh dia tak nak balik umah dia, dia leh lagi tak nak cite kat mak bapak dia apa yg berlaku..yg dia terlebih risau psl pakwe dia je..aku tak phm tul la.. sampai je umah, mak & ayah aku pun terkejut la, dorg pun mula la tanya tu, tanya ni, aku tak sempat pun nak duduk, barang2 pun tak kuar lagi dr krete.. petang tu dlm kul 6pm aku pun cite sumenye kat mak aku, N tgh tido kat bilik aku ms tu, penat la kot, dia yg drive.. pulak dah tu malam tu lak si J ni bg sms kat N bgtau yg mak dorang masuk hospital, J suruh N balik malam tu gak. N pun ajak aku tido umah dia lak, kiranya dia nak drive krete aku balik kg dia.. pulak dah.. mcm2 la dia ni..tension aku.. dah la ayah aku pun tak balik lg dr masjid ms tu.. aku pun bgtau dia, apa2 hal pun tgg ayah aku balik kul 9pm nnt, tak pun aku anto dia balik awal2 pg esok lps subuh. lgpun aku dah sure ayah aku sure tak kasinye aku gi umah dia mlm2 tu.. yela, dah lepas satu hal reda, lg satu hal lak.. silap2 ayah aku lak yg mengamuk mlm tu.. pikir punya pikir, dia pun ok jela nak balik awal pg esok.. tu la, aslnye tak nak balik umah sgt, last2 kena balik gak... esoknye aku pun anto la dia balik umah, dah duk jap kat umah dia tu, kitaorg pun kuar lak nak minta borang keje kosong kat pjbt pendidikan, tu pun kawan aku ada bgtau, dah settle isi borang, buat salinan sijil2 yg patut, dptkan pengesahan tok penghulu, dah tgh hari tu, kitaorg pun gi la hospital tgk jap maknye.. ms tu ayah yg bawak kan, dah malas aku nak drive.. tgk maknye ok la, leh lah borak2 cam biasa, katanye maknye tu ada ketmbuhan dlm perut, tp masih awal, tak leh nak operate lagi..
Lps tu aku & ayah pun anto dia kat stesen bas, dia pun balik la naik bas… fuh!.. lega rsnyee.. tak tau knp, bila bersama dgn dia je aku rs cam tertekan sgt... tp dgn J tak lak.. aku pun dah lama gak kenal dgn si J tu.. J lain sgt dgn si N ni, J ni tak la suka ikut perasaan sgt, tp si N ni terlalu ikut perasaan, dah tu slalu sgt pikir mudah dlm segala hal..
Hai entah la… actually, J ni pun ada mslh gak dgn tunangnye.. kononnye ms raya dulu tunangnye tak call, tak sms dia, tak dtg umah beraya pun, kalau tak tu slalunye tgh keje pun tunangnye tu sempat lagi leh call dia. So, mak si J ni pun cam dah tak suka kat tunang dia ni.. yg aku lagi pelik tu, leh lak dia gi jumpa sepupu laki dia ni, dulu mmg mak dia ada nak jodohkan dia dgn cousin dia ni.. tapi katanye cousin dia ni pun dah ada awek.. dah tau dia ada krisis dgn tunang dia, yg leh lagi dia gi jumpa berdua dgn cousin dia tu wat pe.. sj cari mslh tul la.. yg cousin dia tu pun bukannye tak tau yg dia dah bertunang.. ntah apa2 la dorang ni… confuse aku… tp yg aku lagi kesal dgn si N ni, sanggup nak menipu mak bapak, tp leh lak patuh dan setia kat pakwenye tu, blum lagi jadi laki bini.. dah tu lak, ms mlm kat umah aku tu, aku ada la terdgr dia ckp phone dgn pkwenye tu, leh dia tanya kat pakwe dia cam ni, “abang leh tak hidup tanpa ayang?”.. lebih kurang cam tu la, Ya Allah!!, tuhan jela yg tau apa yg aku rs ms tu, ms dorang bergaduh tu pun ada gak dia ckp, tak ada guna dia nak hidup lagi, kalau pakwenye tu tinggalkan dia.. pada aku la, sebodoh2 manusia la siapa yg berfikiran cam ni.. dia tak fikir lak, tanpa mak bapak dia, dia tak kan adanye kat dunia ni.. dia fikir selama ini, pakwe dia tu ke yg bagi dia hidup kat dunia ni.. aduhai!!.. kenapa la aku leh kenal dgn orang camni.. simpati tul aku.. tapi apa la yg leh aku buat.. aku nak bagi nasihat pun, tak guna gak, yela aku ni tak cukup experience, aku kan tak pernah nak bercouple2 ni, so, dia sure akn anggap aku ni jealous je dgn dia.. sorry laa.. no time.. biarkan ajela, tgk la nnt, bila dia dah tul2 dpt berfikir nnt, baru dia tau langit ni tinggi ke rendah, baru la dia tau apa yg dikatakn dosa & apa yg dikatakan pahala… kalau tak tau gak… sesungguhnya ALLAH MAHA PENENTU SEGALANYA.. terserahlah pada-Nya.. so, moralnya disini, aku tak kan lagi tekad nak membuat apa2 tanpa restu kedua ibubapa ku.. sedarlah aku yg mak & ayah aku lebih tahu apa yg terbaik utk aku… tapi tak bermakna aku tak perlu utk berusaha apa2… aku akan tetap terus berusaha utk mencapai apa yg dicita.. yg paling penting aku akan terus berusaha mengekalkan pendirian aku, berani kerana benar, takut kerana salah… mengharap cinta Ilahi sentiasa dihati ini… biar pun tak ku temui cinta dr insan yg bernama lelaki…



Cinta! Cinta! Cinta!
Apa itu cinta?
Perlukah cinta buat kita?
Apa gunanya cinta?
Apa yg kita perolehi drpd cinta?
Benarkah cinta itu bahagia?
Atau ianya membuatkan kita merana?
Dari siapa sebenarnya cinta?
Dan untuk siapa sebenarnya cinta?

Semakin hari semakin berlalunya masa
Semakin ku tidak mengerti apa itu cinta
Soalan demi persoalan
Menjana ke lubuk pemikiran
Sehingga dapatku rasakan
Mungkin cinta itu tidak diperlukan

Telah jauhku berjalan-jalan
Telah banyakku perhatikan
Telah bingit pendengaran
Mendengarkan kisah cinta dua insan
Dua sejoli berpegangan tangan
Ke sana ke mari semua berpasangan
Insan lain tidak diendahkan
Bagaikan hanya berdua di dunia
Sepilah si hawa sehari tidak ketemu di adam
Si adam lakukan apa saja untuk si hawa
Penuhi kehendak hati keduanya
Inikah dinamakan cinta?

Si isteri tabah menjalani rutin sehari-hari
Dipastikan lengkap keperluan si suami
Namun, si suami tidak pernah mengerti
Apa yang dirasai seoarang isteri
Kerana dia berkuasa sebagai seorang suami
Si suami turuti kehendak si isteri
Diberi apa saja yg dihajati si isteri
Namun si isteri lupa akan kehendak suami
Kerana kuasa seorang isteri
Memiliki apa saja drpd si suami
Inikah dinamakan cinta?

Manusia hilang pertimbangan
Nilai seoarang insan telah hilang
Tidak terlintas lagi diingatan
Apa itu dosa, apa itu pahala
Dilaksanakan apa saja
Mengikut ajakan syaitan yg menggoda
Segala perintah Allah telah dilupa
Apatah lagi untuk sujud kepada-Nya
Inikah dinamakan cinta?

Dimana letaknya cinta sesama insan?
Dimana letaknya cinta seorang hamba
Kepada Maha Pncipta Segala?
Dimana letaknya nilai seorang insan
Yang bernama manusia?
Untuk tujuan apakah manusia
Dikurniakan akal fikiran?
Tidak bolehkah digunakan untuk menilai
Apa itu cinta?

Ya Allah!
Jadikanlah aku
Dari hamba-Mu yg bersyukur
Dan hamba-Mu yg sedar diri
Hidupku hanya kerana-Mu
Matiku hanya kepada-Mu