31-Jul-2009 Oleh: Razif Rosdi
Hafiz Hamidun Sah Putus Tunang!
Hafiz Hamidun Sah Putus Tunang!
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2009: Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu.
Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single."
Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang.
"Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja."Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.
Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu.

eemm... aku tak tahu la nk tmpang sedih atau gembira dgn berita nii.. he..he.. jahatnya aku..;-p
anyway, rs cam tak percaya pun ada.. apa pun hanya Allah dan mereka shj yg tahu kisah sebenar disebaliknya.
cuma, leh caya kee hanya sbb kan hafiz ni bz dgn keje jee.. eemm, aku tak nafikan hafiz ni mmg kuat bekerja orgnya, bijak mencari peluang dan bila peluang diterima dia akan berusaha laksanakan yg terbaik.. (dr pemerhatian aku lah..)
macamana pun, hafiz ni mmg berbakat besar, mmg ada kelebihan yg tersendiri (sbb tu la pun aku minat dia)
actually, aku tak de la nk komen sgt psl hal ni.. tp tu la, bila sbt psl cinta ni.. mmg pd aku dh fedup rsnya, bosan lagi membosankan.. apath lagi kes mslh2 rumah tangga ni..
tp, bknlah bermaksud aku xnk kawin langsung (cuma lbh kurang la kot)..
apa2 pun all the best 4 hafiz.. semoga ketemu jodoh yg sebaiknya.. (mcm aku pun ok gak kot)
+ : pd aku la dpt tunang cam hafiz ni mmg bersyukur la sgt.. eemm, bila la aku dpt jumpa laki seperti dia nii..('seperti' jela.. kalu btul dia, mmg tak mungkin la kan.. dlm mimpi blum tentu.. eemm.. slm ni pun aku rs mmg xprnh plak mimpikn dia..)