nmbvg

nmbvg

Saturday, August 30, 2008

kasih impianku 2

KASIH IMPIANKU
melihat wajahmu ada cahaya menerangi hidupku
setiap gerak gerimu ikutan dr Rasul idolamu
keredhaanmu hanya pd yg satu itulah kpd yg mencipta dirimu
biar ada yg mencaci tiada balasan drmu walau sekali
jika ada yg mencintai adakah kau akan sudi
tak dapatku nafikan lagi
apa yg terpendam dihati ini
ketaqwaanmu itu ku dambai
kejujuranmu ku yakini
keikhlasanmu tiada ku sangsi
rasa tenang hatimu dlm kepimpinanmu
hilang gelisah hatiku dlm keprihatinanmu
engkaulah pilihan hatiku

berakhirnya Akademik Nasyid

akhirnya........ seperti yg telah ku ramalkan... AZHAN telah pun menjadi juara Akdemik Nasyid bagi musim yg pertama... tapi aku yakin bukan aku sorang je yg dah jangka, ramai lagi yg dah dapat agak.. kalau ikutkan AIMAN lagi ramai peminatnya, tapi pada aku dr awal2 lagi aku rasa vokal dia tak la semantap mana pun.. aku pun pelik gak camne dia leh sampai ke final ni.. tapi tak hairan gak, sure sbb undian la.. eemmm, lagu ciptaan hafiz hamidun yg dia nyanyi tu pun, cam ok gak la lagunya, tapi lagi sedap kalau hafiz yg bawak lagu tu.. peserta yg lain, pada aku kira ok la jugak..

Sunday, August 24, 2008

kasih impianku

PEMBELA WANITA TERULUNG

ramai insan bernma lelaki yg ku kenali
paras rupa yg menawan ku amati
senyuman manis menawan hati
tutur bicaranya cukup teliti
namun apbila berjanji tak pernah ditepati walau sekali
hai! insan bernama lelaki
sampai bilakah dapat ku fahami
apa agaknya yang terbuku di hati
namun bagi diriku dia istimewa
dia sungguh berbeza
dari dulu sehingga kini dan selamanya
aku cukup kagum dengannya
dengan hatinya yang bersih dan suci
tak pernah sekali ku gusari
kerana setiap gerak gerinya
sentiasa dijaga kerana Allah
setiap kata yg terlafaz olehnya
hanya dari akal kurniaan Allah
dilakukan apa sahaja
demi kepatuhan kepada Allah
biar dicaci dan dihina
biar sakit jiwa dan raga
tak pernah sekali dia berputus asa
kerana dia percaya, keredhaan Allah sentiasa bersamanya
tenangnya hatiku, jika berada dalam kepimpinannya
pasti hilang rasa gelisahku
jika sentiasa dalam keprihatinannya
sememangnya dialah pilihan hatiku
namun apa dayaku
dia tidak pernah kenal siapa diriku
dia juga tak pernah bersua denganku
tapi ku yakin dia amat menyayangiku
sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yg terakhir
tak lekang dibibirnya
menyebut kata ummati.. ummati...
ya itulah umatku.. umatku..
Ya Rasulullah!!
betapa tinggi nilai cintamu
terhadap umatmu
walau kita tak penah bertemu
yakin diriku yg engkau adalah
pembela wanita terulung
begitu sukar bagi diriku
untukku mencari insan sepertimu
dikalangan umat-umatmu
namun ku tetap redha, semua ini ketentuan oleh-Nya
Ya Rasullullah!!
betapa aku rindu padmu
betapa aku cinta padmu
selawat salam ku hulurkan
moga terlepas rasa kerinduan
doa ku panjatkan pada Ilahi
tanda kecintaan yg kekal abadi
semoga cintaku padamu disambut oleh tuhan yg satu
betapa cintaku padamu
harap bertemu cinta Allah yg satu
kerana hanya cinta dari Ilahi
akanku bertemu suatu hari nanti
cinta dari insan yg bernama suami.






konvo adikku nana di UM

konvo nana pada 7hb ogos 2008.





aduhai cinta!!...

dulu aku ada terfikir, melihat dan mendengarkan kes2 penceraian sekarang.. kalau tak kawin pun tak pe.. tak kira la apa puncanya sekali pun.. kata orang cinta tu buta, orang kalau dah bercinta sangup buat apa saje.. ada gak kata cinta tu indah, hidup akan sepi tanpa cinta.. betul ke??... pada aku plak, aku rasa cam orang bodoh je bila dah kemaruk cinta ni.. yelah, mengharap pada yang tak pasti.. apatah lagi bila dikhianati.. cinta juga perlukan pengorbanan, tapi pengorbanan yg macamana??.. apa yg dikatakan pengorbanan dalam bercinta??.. adakah seperti turuti kehendaknya?.. atau memberi apa saja keinginannya?.. atau meminggirkan orang lain hanya utk dirinya walau termasuk keluarga sendiri??.. inikah yg perlu kita korbankan dalam bercinta??.. eemm..., kalau ini lah yg dikatakan cinta, aku rasa lebih baik la aku membujang seumur hidup.. tapi, aku juga tahu, sesunggunya sesiapa yg tiada keinginan utk bernikah, tidak mengaku oleh nabi muhammad sebagai ummatnya.. eemm, sesungguhnya hanya Allah yg maha mengerti segalanya, dan sesungguhnya hanya Allah maha penentu segalanya..

YA ALLAH YA TUHANKU, SEANDAINYA DIA MENJADI MILIKKU, TERCIPTA UNTUKKU, DEKATKANLAH DIA PADAKU, SATUKANLAH HATINYA DAN HATIKU, TETAPKANLAH KEMESRAAN ANTARA KAMI, AGAR KEBAHAGIAN INI ABADI. YA ALLAH YA TUHAN KU, SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU BAWALAH DIA JAUH DR PANDANGANKU, DAN PELIHARALAH DIRIKU DR KEKECEWAAN. YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH DIRIKU KEKUATAN, MELONTARKAN BAYANGANNYA KE DADA LANGIT, AGAR KU RASA BAHAGIA WALAUPUN TANPA DIRINYA, GANTIKAN LAH YG TELAH HILANG, TAMBAHKANLAH YG TELAH PATAH, MESKIPUN X SAMA DGN DIRINYA, SEANDAINYA DIA DTG MENEMUIKU CINTA ITU ADALAH CINTA SEJATI DAN SATU, SEANDAINYA DIA TIDAK DATANG TEMUIKU ANGGAPLAH CINTA ITU TIDAK WUJUD DR AWAL LAGI, YA ALLAH YA TUHANKU, PASRAHKANLAH APA YG ENGKAU TAKDIRKAN, ADALAH YG TERBAIK UTKKU, KRN ENGKAU MAHA MENGETAHUI, BAHGIA YG TERBAIK UTK HAMBAMU INI, YA ALLAH CUKUPLAH KAU SJ YG MENJADI PEMILIH...

Sunday, August 3, 2008

tak de maknanya

Percaya tak kalau saya katakan bahawa persembahan peserta Akademi nasyid lebih MENARIK DAN BEST jika disaksikan di studio secara langsung berbanding menonton di TV dan di webTV.Ini kerana sistem bunyi yang di install di sana menjadikan sound yang terdengar di sana lebih padat dan sempurna (berdasarkan spesifikasi). Jadi, tak hairan lah kalau ada yang kata mereka nyanyi tak perfect (kalau dengar di TV), kerana mereka perform untuk disesuaikan dengan sound sistem di studio.Kalau nak rasakan lebih nikmat, datang lah ke Studio Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam beramai-ramai... ni promo ni hehehe (from blog hafiz hamidun)

tak de maknanya en. hafiz hamidun ooiii.....
kalu dah tak sedap tu, tak sedap gakk... sekarang pun saya dah tau sape akan jadi juara nanti..
lain kali tolong la panggil juri vokal yg lebih berpengalaman dan berpengetahuan, utk menilai peserta2, supaya dorang lebih tau dimana kelemahan dorang dan cuba utk memperbaikinya..
aku tul2 tak paham la, hal cam ni pun dorang leh pandang remeh..