PEMBELA WANITA TERULUNG
ramai insan bernma lelaki yg ku kenali
paras rupa yg menawan ku amati
senyuman manis menawan hati
tutur bicaranya cukup teliti
namun apbila berjanji tak pernah ditepati walau sekali
hai! insan bernama lelaki
sampai bilakah dapat ku fahami
apa agaknya yang terbuku di hati
namun bagi diriku dia istimewa
dia sungguh berbeza
dari dulu sehingga kini dan selamanya
aku cukup kagum dengannya
dengan hatinya yang bersih dan suci
tak pernah sekali ku gusari
kerana setiap gerak gerinya
sentiasa dijaga kerana Allah
setiap kata yg terlafaz olehnya
hanya dari akal kurniaan Allah
dilakukan apa sahaja
demi kepatuhan kepada Allah
biar dicaci dan dihina
biar sakit jiwa dan raga
tak pernah sekali dia berputus asa
kerana dia percaya, keredhaan Allah sentiasa bersamanya
tenangnya hatiku, jika berada dalam kepimpinannya
pasti hilang rasa gelisahku
jika sentiasa dalam keprihatinannya
sememangnya dialah pilihan hatiku
namun apa dayaku
dia tidak pernah kenal siapa diriku
dia juga tak pernah bersua denganku
tapi ku yakin dia amat menyayangiku
sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yg terakhir
tak lekang dibibirnya
menyebut kata ummati.. ummati...
ya itulah umatku.. umatku..
Ya Rasulullah!!
betapa tinggi nilai cintamu
terhadap umatmu
walau kita tak penah bertemu
yakin diriku yg engkau adalah
pembela wanita terulung
begitu sukar bagi diriku
untukku mencari insan sepertimu
dikalangan umat-umatmu
namun ku tetap redha, semua ini ketentuan oleh-Nya
Ya Rasullullah!!
betapa aku rindu padmu
betapa aku cinta padmu
selawat salam ku hulurkan
moga terlepas rasa kerinduan
doa ku panjatkan pada Ilahi
tanda kecintaan yg kekal abadi
semoga cintaku padamu disambut oleh tuhan yg satu
betapa cintaku padamu
harap bertemu cinta Allah yg satu
kerana hanya cinta dari Ilahi
akanku bertemu suatu hari nanti
cinta dari insan yg bernama suami.
No comments:
Post a Comment