nmbvg

nmbvg

Thursday, February 26, 2009

TARGET 2010

1. Nak beli kereta baru, proton saga baru, atau satria neo, buat masa ini dua jenis ni jela yang aku idam2 kan pun (yg pasti gear auto, leh gi jauh lagi lepas ni he.. he..), dan semestinya bergantung kepada kemampuan aku… kalau ikutkan aku rasa cam minat gak kat Honda jazz, tapi kalau aku mampu pun tunggu la 10 tahun lagi jawabnya…
Kereta 2nd hand kancil aku tu, aku tak nak jual, sayang… elok lagi pun.. lagipun bukan kena bayar bulan2 dah.. aku bagi jela adik aku guna dulu, ke mak & ayah aku nak guna… sekarang pun aku gi keje jalan kaki jee… tapi tak pela, dekat je pun, dalam 10mnt jee.. leh gak exercise…
Kereta baru tu pun aku beli kalau nak gi jalan-jalan, leh gi ipoh selalu, tak pun mana la tau kalau aku dah malas nak jalan kaki nanti, aku bawa gak kot…

(with my car... warna biru tu yang wat aku sayang nak jual)

2. Nak beli rumah…tak pun sewa dulu la kot… tak pun mohon kuarters la… yang penting aku nak hidup sendiri, nak berdikari la katakan… aku bukannya tak selesa duduk dengan famili sendiri ni, tapi tu laa aku nak cuba hidup berdikari.. sampai bila semua nak mak aku yang sediakan, sampai sarapan pagi pun tiap2 pagi mak aku yang siapkan.. masak tengah hari lagi la tak payah cakap.. aku nak cuba buat semua tu sendiri.. itu pun kalau sempat laa… tapi macamana pun aku akan cuba buat gak..
Tapi yang sebenarnya, aku tahu kalau ayah aku tahu hasrat hati aku yang satu ni, sure dia marah… kalau tak marah pun sure dia terasa… pada dia kalau tak kerana aku berkeje di luar daerah atau dah kawin, jangan harap dia nak bagi keluar dari rumah tu.. (siap dah warning, nak cari jodoh biar yang dekat2 sini jugak, macamana tu??..) keje PPM ni pun dia yang usaha jugak dapat dekat dengan rumah ni… seboleh2nya dia nak aku ni setiap masa ada depan mata dia.. tapi tak pe, aku paham kenapa dia buat semua tu.. tak pe la.. hal ni akan aku usahakan.. slow.. slow..

InsyaAllah.... semoga tercapai la apa yang aku harapkan ini...

Wednesday, February 25, 2009

( kali terakhir jumpa seminggu lepas raya tahun lps kat Giant Tambun)

miss you yana..... orang dah jadi artis kan.. selalu bz, tak bz dengan keje, bz dengan pakwe.. orang ramai peminat la katakan... tak pe la kalau tak dapat nak call or sms selalu, tapi jangan lupa trus kat your bestfriend ni sudah la yee... lagi satu, kawin jangan lupa ajak.. jangan nanti tiba2 ada terbaca dalam paper jee... kata bestfriend kan.. tak bagitau mmg saje laa..

Tuesday, February 24, 2009

ntah apa2 laa...

Hampir setahun aku keje sebagai PPM ni, aku betul2 dah masak sgt dengan orang2 sekeliling aku di sekolah ni. Lagi2 PPM sorang yg satu kelas dengan aku tu. Aku malas sebenarnya nak cite pasal dia. Tapi sehingga saat ini, aku dapat rasakan dia tu mmg bermasalah, aku rasa simpati pun ada, kesian pun ada. Cuma aku tak dapat nak pastikan apa sebenarnya masalah dia. Yang aku tahu, dia blaja smpe ijazah, aku pun tahu dia mmg tak minat langsung keje PPM ni. Tapi yg aku tak puas hatinya, kalau ye pun tak minat, tak kan la nak makan gaji buta je.. gaji dapat lambat tau plak nak bising, tapi keje wat sambil lewa jee. Tak de ke dia rasa keje ni tanggungjawab, kalau dah tanggungjawab, bukan ke amanah namanya, so kalau tak wat keje sama la cam tak amanah, itu pada pandangan aku la. Sebab tu la, kalau aku dapat keje apa pun aku akan laksanakan keje aku dengan sebaik mungkin, mengikut pada kemampuan aku. Soal minat tak minat, tolak tepi dulu, sebab semua tu kalau ikhlas mmg akan timbul jugak suatu hari nanti. Sama la keje aku sekarang ni, aku tak pernah pun bercita-cita nak jadi PPM ni, tapi sekarang bila aku dah dapat, aku rasa ini peluang keemasan utk aku, so kenapa tidak aku manghargainya dengan melaksanakan kejenya dengan baik. Biarlah pada pandangan orang lain mengatakan keje ni biasa je, tapi ianya tetap satu pekerjaan jugak, gaji tetap dapat tiap2 bulan. Aku tak nak la makan gaji buta, sama la cam tak berkat. So, kenapa la tak pernah terlintas difikirannya semua ni. Soal ni tak pe lagi, dah la gaji yg dapat blum tentu berkatnya, dah tu leh lak suka duk mengutuk orang lain. Kononnya mentang2 dah keje kat pjbt 3tahun, tu pun jawatan kontrak je, dia tahu la segala2nya perihal keje2 pejabat ni. Padahal, dia tak tahu satu benda pun, penyudahnya aku jugak yg kena wat semua, dah la tak tahu, tak nak blaja plak tu, bila aku nak bagitau dia, utk pengetahuan dia jugak, leh wat dengar tak dengar jee.. sampe tahap ni yg membuatkan aku dah mula hilang sabar.
Itu yang aku simpati sangat kat dia ni, aku nak tolong dia, tapi tak tahu nak tolong camne, tapi yela, nak tolong camne, kalu dia pun tak reti nak tolong diri sendiri.

Kalau ye pun tak minat keje ni, tak payah la sibuk nak mengkomplen keje orang lain, setakat nak banding dengan keje kontrak 3tahun tu apa la sangat. Kita ni kalau dah pengalaman keje 10 tahun pun, tapi bila mula keje tempat baru, tetap sebagai orang yg baru bekerja jugak. So, apa2hal kena banyak bertanya, kena banyak blaja dengan stuff yg lama keje kat tempat baru kita tu. Yelah kalau pikir secara logic nye pun, lain tempat, lain caranya. Apa la salahnya nak bertanya kalau betul tak tahu, apa la salahnya nak blaja sesuatu, walaupun ianya kita tak perlukan lagi, salah ke kita tahu sekadar untuk pengetahuan. Lagi untung apa, kita akan jadi seorang yg berpengetahuan. Sebab tu la aku betul2 kesian dgn dia ni, sia-sia blaja sampe ada ijazah, tapi sebenarnya, apa pun dia tak tahu… harap2 cepat la dia sedar..
Sekarang katanya dia dah mohon KPLI, harap2 cepat la dia dapat… soal camne lak dia nak jadi cikgu tu nanti… Allah jela yang tahu, itu biarlah antara dia dengan Allah, yang penting aku sebenarnya dah malas nak sakit hati dengan dia ni, kalau dia dah tak de nanti, maybe tenang sikit aku, tak payah nak rasa sakit hati lagi… tak payah aku nak rasa berdosa untuk terusan rasa sakit hati aku ni pada dia…

gambar2 di klas pend khas

with Ah Leong






bagi tengok konsert nasyid UNIC, ntah dorg paham ke tak.. saje aku bagi dorg tengok nak suruh dorg duk diam.. yang lain gi padang latihan sukan








































budak bertuah.. Rizal, budak baru masuk hyperactive... betul2 menguji kesabaran dan ketahanan fizikal aku.. --->


Sunday, February 22, 2009

nak tergelak aku..

semalam boring2 aku tengok la tv rncngn melodi kat tv3, kalau ikutkan aku dah lama dah tak tgk melodi ni.. bosan, ntah apa2 citenya skrg, bukannya ada pendedahan apa pun, mengaibkan orang adalah... so, tak pasal2 kuar plak story panas pasal hafiz hamidun dengan aiman, ada ke dorang kata hafiz 'bela' aiman... hanya disebabkan hafiz belikan hadiah jam tangan masa hari jadi aiman... mmg dalam blog hafiz aku ada baca hafiz ada sebut dia banyak uruskan aiman, kemana2 pun aiman pergi hafiz yang hantar, sampai nak balik terengganu pun hafiz yang hantar ke stesen bas.. tapi pada aku normal la tu, aiman pun baru lagi kan duk kat KL tu, dah lama2 nanti tau la dia kot.. lagipun aiman mmg dah jadi tanggungjawab hafiz selepas hafiz ambiknye jadi artis naungannya... tapi yang sebenarnya, aku mmg dari dulu bukanya minat sgt kat aiman, aku pun tak paham kenapa hafiz leh pilih dia.. tapi yela, dia kan lebih profesional dalam bidang ni, so maybe dia lebih tau menilai.. maybe dia rasa aiman leh pegi jauh.. tapi la kan, kalau dah asyik harapkan orang jee, tak tahu la sampai kemana pun dia nanti... anyway, we will see......


pantasnya masa berlalu

hampir setahun aku keje di skrmm, dah pun masuk tahun 2009, murid pun dah bertambah 2org, yang sorang tu masalah hyperactive, baru 7thn plak tu, mmg letih dibuatnya...
tapi nak wat camne, dah tugas, terpaksa la.. tapi kadang2 nak tergelak pun ada dengan keletahnya.. budak la katakan.. apapun, alhamdulillah aku btul2 dah rasa selesa keje di sini.. nak kata tension sgt pasal bebudak ni pun dah tak de dah, dah biasa, aku dah mula paham sgt dgn karenah dorang.. cuma yang still buat aku rasa stres skit pasal "sorang" ni.. aku malas nak cite banyak pasal dia, wat sakit ati jee.. yang pasti aku harap sangat dia dapat tukar sek lain nanti.. baru la aku btul2 rasa aman....
















(picture masa hari sukan tahunan 12.2.09)

lagi satu story, aku ingat tahun ni leh lah relax skit, tak sangka lak kakak aku lagi sorang tu plak nak kawin tahun ni, aku ingat dalam tahun depan.. 8hb 3 ni dia bertunang, maybe lepas raya nikah & kendri kawin.. eemm yg aku fedup nye.. dah tau lepas ni giliran aku, sume pakat sibuk tanya aku bila plak... ada siap suruh aku tahun depan la.. kalau tul jodoh aku dah ada pun tak nak la aku tahun depan, tahun depan nak relax plak, kakak sulung aku yg baru kawin awl thn lps tu pun terasa lagi penatnya ni... nasib baik la jodoh aku tak sampai lagi, tak payah aku nak pikir...
seronok, mmg seronok bila ada wat kendri ni, tapi letihnya pun leh tahan gak..