nmbvg

nmbvg

Tuesday, February 24, 2009

ntah apa2 laa...

Hampir setahun aku keje sebagai PPM ni, aku betul2 dah masak sgt dengan orang2 sekeliling aku di sekolah ni. Lagi2 PPM sorang yg satu kelas dengan aku tu. Aku malas sebenarnya nak cite pasal dia. Tapi sehingga saat ini, aku dapat rasakan dia tu mmg bermasalah, aku rasa simpati pun ada, kesian pun ada. Cuma aku tak dapat nak pastikan apa sebenarnya masalah dia. Yang aku tahu, dia blaja smpe ijazah, aku pun tahu dia mmg tak minat langsung keje PPM ni. Tapi yg aku tak puas hatinya, kalau ye pun tak minat, tak kan la nak makan gaji buta je.. gaji dapat lambat tau plak nak bising, tapi keje wat sambil lewa jee. Tak de ke dia rasa keje ni tanggungjawab, kalau dah tanggungjawab, bukan ke amanah namanya, so kalau tak wat keje sama la cam tak amanah, itu pada pandangan aku la. Sebab tu la, kalau aku dapat keje apa pun aku akan laksanakan keje aku dengan sebaik mungkin, mengikut pada kemampuan aku. Soal minat tak minat, tolak tepi dulu, sebab semua tu kalau ikhlas mmg akan timbul jugak suatu hari nanti. Sama la keje aku sekarang ni, aku tak pernah pun bercita-cita nak jadi PPM ni, tapi sekarang bila aku dah dapat, aku rasa ini peluang keemasan utk aku, so kenapa tidak aku manghargainya dengan melaksanakan kejenya dengan baik. Biarlah pada pandangan orang lain mengatakan keje ni biasa je, tapi ianya tetap satu pekerjaan jugak, gaji tetap dapat tiap2 bulan. Aku tak nak la makan gaji buta, sama la cam tak berkat. So, kenapa la tak pernah terlintas difikirannya semua ni. Soal ni tak pe lagi, dah la gaji yg dapat blum tentu berkatnya, dah tu leh lak suka duk mengutuk orang lain. Kononnya mentang2 dah keje kat pjbt 3tahun, tu pun jawatan kontrak je, dia tahu la segala2nya perihal keje2 pejabat ni. Padahal, dia tak tahu satu benda pun, penyudahnya aku jugak yg kena wat semua, dah la tak tahu, tak nak blaja plak tu, bila aku nak bagitau dia, utk pengetahuan dia jugak, leh wat dengar tak dengar jee.. sampe tahap ni yg membuatkan aku dah mula hilang sabar.
Itu yang aku simpati sangat kat dia ni, aku nak tolong dia, tapi tak tahu nak tolong camne, tapi yela, nak tolong camne, kalu dia pun tak reti nak tolong diri sendiri.

Kalau ye pun tak minat keje ni, tak payah la sibuk nak mengkomplen keje orang lain, setakat nak banding dengan keje kontrak 3tahun tu apa la sangat. Kita ni kalau dah pengalaman keje 10 tahun pun, tapi bila mula keje tempat baru, tetap sebagai orang yg baru bekerja jugak. So, apa2hal kena banyak bertanya, kena banyak blaja dengan stuff yg lama keje kat tempat baru kita tu. Yelah kalau pikir secara logic nye pun, lain tempat, lain caranya. Apa la salahnya nak bertanya kalau betul tak tahu, apa la salahnya nak blaja sesuatu, walaupun ianya kita tak perlukan lagi, salah ke kita tahu sekadar untuk pengetahuan. Lagi untung apa, kita akan jadi seorang yg berpengetahuan. Sebab tu la aku betul2 kesian dgn dia ni, sia-sia blaja sampe ada ijazah, tapi sebenarnya, apa pun dia tak tahu… harap2 cepat la dia sedar..
Sekarang katanya dia dah mohon KPLI, harap2 cepat la dia dapat… soal camne lak dia nak jadi cikgu tu nanti… Allah jela yang tahu, itu biarlah antara dia dengan Allah, yang penting aku sebenarnya dah malas nak sakit hati dengan dia ni, kalau dia dah tak de nanti, maybe tenang sikit aku, tak payah nak rasa sakit hati lagi… tak payah aku nak rasa berdosa untuk terusan rasa sakit hati aku ni pada dia…

No comments: