nmbvg

nmbvg

Monday, December 17, 2007

TANPA-MU (AKU TANPA CINTA-MU)

Mentari terpancar menerangi dunia, kicauan burung sahut-menyahut, aduh! Beratnya mataku, dinginku rasakan, berat untukku melepaskan selimut yang menyelimuti seluruh tubuhku. Namun, kugagahi jua selimut yang menyelimuti ku campak ke tepi, dengan pandangan yang agak samar, jariku pantas mengosok mata agar pandanganku jelas kembali. Kaki ku terus melangkah ke bilik mandi. Setelah selesai membersihkan diri dan menghias diri, ku terus ke meja makan di dapur, kelihatan diatas meja terdapat secawan kopi siap dibancuh dan beberapa ketul jemput-jemput tersusun rapi didalam pinggan. Telahku agak, setiap pagi itu sahajalah yang dihidangkan oleh ibuku. Kuteguk sekali air kopi dan mencapai seketul jemput-jemput, lantas kakiku melangkah pergi. Untuk apa aku tergesa-gesa?. Adakah kerana kau aku tidak sabar ke sekolah untuk berjumpa dengan guruku? Ah!! Itu bukan aku la! Aku tak sabar nak berjumpa dengan rakanku yang kononnya 'rakan sekepalaku'. Dibelakang gerai pak mat kami aturkan pertemuan pada pagi itu. Sebelum kakiku melangkah ke gerai pak mat, mataku berlegar ke kiri dan ke kanan, kalau-kalau ada yang memerhati gerak-geri aku. Kuteruskan langkahku, rakanku sedia menanti betapa setianya rakanku ini. Setiap kali pasti tepati janji. Kenapa aku berada disitu? Bukankah sepatutnya aku ke sekolah untuk menimba ilmu? Sedang rakanku yang lain bergegas menuju ke sekolah yang tidak jauhnya dari perkampunganku?, ah!! Semua itu tak penting bagi aku, yang penting aku inginkan kebebasan. Kalau aku jejakkan kaki ke sana pun ada sahaja mata yang menjeling sinis terhadapku. Guru2 ku juga asyik nampak kesalahan aku sahaja. Aku tahulah aku ni bukanlah pelajar pintar. Aku juga tahu, hanya pelajar pintar sahaja yang menjadi anak murid kesayangan cikgu. Jadi, tiada alasan lagi kenapa aku harus menghadirkan diri ke sekolah itu. Mujurlah aku bertemu dengan rakan yang 'sekepala' dengan ku ini.
Berkepul-kepul asap keluar dari muncung bibirku, sambil rancak berbual dengan rakanku. Cukup teliti mereka mengatur rancangan, penuh dengan starteginya, memang hebat rakanku ini. Salah satu rancangan mereka, malam itu mereka bercadang untuk sertai lumba haram bersama-sama orang di Pekan Kuala. Aku dipelawa bersama. Tanpa berfikir panjang aku hanya setuju untuk sertai mereka. Jika perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan, untuk apa fikir panjang lagi. Inilah masanya untuk aku buktikan kebolehan aku, yang selama ini aku pendamkan kerana tidak berpeluang untuk menyertainya. Tepat jam 1.00 pagi, tanpa pengetahuan ibu dan ayahku, yang sedang lena diulit mimpi, satu persatu langkahku atur menuju ke muka pintu, setelah melepasi pintu keluar, dengan pantas aku terus berlari mendapatkan rakanku yang sedia menantiku di tempat yang dijanjikan. Itulah saat yang aku inginkan selama ini. Tidak pernah aku rasa sebebas begini. Seolah-olah dapat ku rasakan seperti seorang banduan yang tiba masanya untuk dibebaskan dan terlepas dengan segala hukuman. Terasa berat pula untuk aku berpisah dengan rakanku itu. Aku rasa hidupku adalah bersama-sama dengan mereka. Namun, rakanku telah pun berjanji, itu bukanlah perlumbaan yang terakhir. Selepas ini, pasti mereka membawaku lagi. Sememangnya aku yakin dengan janji mereka, yang tak pernah mungkir walau sekali.
Begitulah rutinku sehari-hari. Aku semakin suka untuk melakukan semua itu. Tambahan lagi, setelah tiga kali berturut-turut aku memenangi perlumbaan itu. Rakanku juga bangga dengan kehebatanku itu. Kemenanganku itu juga, bukanlah kemenangan “kosong”, aku juga diberi “hadiah” yang cukup lumayan dalam bentuk wang ringgit. Dengan adanya wang sebanyak itu, lebih banyak lagi perkara yang boleh aku lakukan. Apa sahaja!, yang aku inginkan. Tidak lupa juga untuk belanja rakanku yang setia itu, yang telah meminjamkan aku motosikalnya, sehingga aku beroleh kemenangan ini. Mungkin, suatu hari nanti aku akan mencatat kemenangan dengan menunggang motosikal milikku sendiri. Ya! Itulah impianku.
Tanpaku sedari, hampir 2 minggu ku tidak ke sekolah. Pihak sekolah menghubungi ayahku dan memberitahu akan hal itu. Saatku pulang ke rumah kegiranganku hilang tiba-tiba, apabila melihat ayahku yang sedang tegap duduk diatas sofa diruang tamu. Dengan tegas, ayahku mengarahku untuk duduk disebelahnya. Aku akur dengan suruhannya. Ayahku tidak berkata apa-apa buat seketika. Selepas beberapa minit, ayahku bersuara dengan nada yang amat kesal, mungkin ayahku tidak berdaya lagi untuk memarahiku. Selama ini pun, aku tidak pernah endah walau sekali akan tegurannya. Tegurannya itu bagiku tidak memberi makna apa-apa bagiku, ianya hanya membosankan. Ayahku menyatakan keputusannya unutuk diriku. Aku tidak perlu lagi ke sekolah, dan ayahku menyarankan aku untuk bekerja dengan sepupunya di sebuah bengkel kereta yang terletak dihujung kampung. Sekurang-kurangnya, terlepas satu bebanannya untuk menyara hidupku lagi. Mulai saat dan hari itu, ayahku tidak perlu lagi memberi walau sesen pun kepadaku. Aku setuju dengan keputusan ayahku itu. Walaupun aku tidak berapa minat dengan kereta, aku lebih berminat dalam hal motosikal,sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi menipu ayah dan ibuku untuk ponteng sekolah setiap hari. Mungkin masa aku akan lebih untuk bersama-sama dengan rakan-rakanku. Seperti biasa, setiap malam pasti aku tidak akan ketinggalan untuk menyertai perlumbaan haram itu, ianya satu keseronokan bagi diriku.
Sehinggalah pada satu malam, nasib tidak menyebelahiku sedang asyik aku memecut laju, jauh ku tinggalkan lawanku. Fikirku pasti kemenangan menjadi milikku pada malam itu. Tiba-tiba, terpancul didepanku, kelihatan polis sedang menjalankan sekatan jalan raya. Pantasku memberhentikan motosikalku. Ku alihkan motosikalku untuk patah balik, terus ku pecut laju, sesekali aku toleh kebelakang, kelihatan pulis sedang mengekoriku. Tak mungkin aku akan biarkan polis itu mendapatkan aku. Tiba-tiba, penglihatanku samar dengan cahaya yang terang-menerang. Aku cuba mengelak dari cahaya , dan aku dapat rasakan yang aku telahpun tersungkur dan terlantar diatas jalan raya. Aku tidak berdaya lagi. Seluruh tubuhku terasa lemah dan segalanya telah hilang dari penglihatanku.
Kugagahi membuka mataku, ku terlihat kipas disyiling ligat berputar. Ku menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa pun yang kelihatan. Tiba-tiba muncul seorang gadis lengkap berpakaian serba putih. Dia agak terkejut melihatku. Lantas dia berlalu pergi. Seketika selepas itu, dia kembali semula, kini dia tidak keseorangan, dia bersama dengan seorang lelaki yang pada anggapanku berumur dalam lingkungan 30-an. Kemas dan segak pakaiannya. Teras tanganku disentuh, entah apa yang mereka lakukan padaku, aku pun tak tahu. Setelah agak lama aku amati keadaan disekelilingku, baru aku dapat meneka, yang aku sekarang ini berada di hospital. Terlintas kembali difikiranku apa yang telah berlaku sehingga ku terlantar disitu. Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan?. Aku telah lakukan kesalahan yang besar. Kerana keseronokanku selama ini, aku telah derhaka kepada ibu dan ayahku. Teringatku kembali, sewaktu aku masih kecil. Saat aku sakit terlantar diatas katil, ibuku setia disisi. Disuapnya makanan ke mulutku. Dipastikannya aku dalam keadaan yang selesa. Tapi, kini kenapa ibuku tidak kelihatan?. Ayahku juga tidak ada, ayahku mungkin sedang bekerja agaknya, fikirku disaat itu. Setelah lama ku menanti kehadiran ibuku, namun masih tidak kelihatan lagi wajah ibuku dikala itu. Hatiku juga mula merasa resah. Terasa inginku bangun dan berlari pergi mencari ibu dan ayahku. Tetapi, entah kenpa terasa amat berat untukku mengangkat kakiku. Aku cuba meraba-raba kakiku, dapatku pegang kaki kananku, ku terus mencuba untuk memegang kaki kiriku, tapi aku tak dapat merasakannya. Aku mencuba untuk menggerakkannya, tapi aku masih tidak dapat merasakannya. Ya Allah! Aku telah kehilangan sebelah kakiku. Kaki ini yang sepatutnya aku bawa jejaki ke sekolah untuk menimba ilmu. Telah hilang dengan tanpaku sedari. Aku menangis semahu-mahunya. Walauku sedari, andai kering airmataku sekali pun, semua itu tetap telah berlalu.
Tersentakku seketika, terasa bahuku disentuh oleh seseorang. Lantasku menoleh kebelakang, Pakcik Din rupanya. Sepupu ayahku. Pakcik Din yang membenarkan aku bekerja di bengkel kereta miliknya setelah aku tidak ingin lagi bersekolah. Mataku juga berlegar kesana-sini mancari jika ibu dan ayahku ada bersama. Namun, aku hampa, mereka tetap tidak kelihatan. Ku bertanya pada Pakcik Din, dimana ibu dan ayahku?. Pakcik Din menundukkan kepalanya buat seketika. Raut wajahnya seolah-olah menunjukkan amat berat untuk dia menjawab soalanku itu. Ku terus menanti jawapan dari Pakcik Din. Mataku tepat menatap wajahnya. Pakcik Din akur, dengan kepayahan, Pakcik Din menjelaskan segalanya. Begitu sukar untuk mempercayainya. Tapi, itulah yang berlaku. Kedua ibu dan ayahku telah kembali ke rahmatullah. Ayahku pergi kerana diserang penyakit jantung. Itupun kerana selepas dia mendapat tahu berita mengenai diriku yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Apatahlagi dia mengetahui punca berlakunya kemalangan itu. Segala teguran dan nasihatnya selama ini, tak pernah ku endahkan. Mungkin inilah balasan yang kuhadapi dari sikap tak endah aku itu. Ibuku pula, terlibt dalam satu kemalangan, teksi yang dinaikinya untuk ke hospital untuk menjengukku, bertembung dengan sebuah lori. Selama ibu menjagaku, memberiku makan dan minum. Tak pernah sekaliku berterima kasih kepadanya. Aku lebih senang berterima kasih kapada rakanku, yang kerana mereka aku disini, dan kini aku tidak dipedulikan lagi. Bagaimana sekelip mata aku perolehi keseronokan, sekelip mata jugalah aku kehilangan segalanya. Ya Allah!, betapa kemurkaan-Mu ku dapat diatas penghinaanku terhadap-Mu selama ini. Ya Allah!, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, jangan Kau biarkan aku terus begini. Setelah aku hilang segalanya, bagimana harusku hadapi semua ini. Tanpa keampunan-Mu, tanpa kasih dan sayang dari-Mu. Sesungguhnya aku tidak disini jika TANPA-MU YA RABBI!!!.........


>>TAMAT<<

No comments: