Al-Fatihah buat Allahyarham ust. Asri..
Agak terkejut juga bila aku terlihat berita di kaca televisyen mengenai kematian penyanyi solo nasyid kmpln Rabbani ust. Asri…
Tapi, itulah Allah telah pun menentukan ajalnya sampai disitu.. aku, dan yg lain masih hidup, belum tentu lagi.. yang pasti saat itu akan tiba juga nanti pada setiap yang bergelar manusia, termasuklah manusia Bionik pun.. (eemm, mmg wujud ke mansia jenis ni??).. ehem.. itu tak penting..
Kematian itu sesuatu yang tak dapat kita jangkakan..
Sedangkan ianya adalah satu kemestian..
Kematian itu sesuatu yang amat sukar utk kita berdepan..
Sedangkan ianya akan didatangi kepada setiap insan..
Kematian itu sering kita tidak endahkan
Sedangkan kehidupan yg dipinjam kita banggakan
Sesungguhnya, manusia sering lupa.. apatah lagi soal kematian yang pasti akan tiba pada bila-bila masa, walau dimana jua kita berada..
Kenapa aku boleh terfikir begitu?.. yelah, kita lihat, baca dan dengar saja la pasal dunia artis zaman sekarang ni, macam2 kisah… macam2 punya peel.. macam2 kes.. tak de langsung pun yang memberi teladan yang baik.. aku tahu, ada jugak cite yang elok itu disimpan, cite yang tak elok itulah yg digembar gemburkan… tapi kalau dah yang banyak itu yang tak elok, mana nak timbulnya yang elok..
Aku tahu, tak la kata artis je yg tak elok, yang bukan artis pun banyak jugak yang dua kali lima.. eemm., manusia sekarang… entah bagaimana pulak nanti pada manusia masa depan…
Inilah yang aku nak maksudkan, manusia sekarang, dah lupa nak pikir soal mati.. mati ni memang Allah dah tentukan, tapi kita sebagai manusia masih diberi dua pilihan, iaitu pilih samada nak mati dalam keadaan kekafiran ataupun mati dalam keimanan..
Kematian itu juga kita tak tahu bila masanya, sebab itu la setiap masa kita kena sentiasa bersedia...
Kata orang, rugi tak merasai nikmat dunia yg sementara ni, tapi beruntungkah kita terseksa sepanjang kehidupan kita yang kekal buat selamanya disana nanti??.. sedangkan Allah telah pun menjanjikan nikmat yang lebih baik dari didunia ini disana nanti kpd hambaNya yang sentiasa taat dan patuh akan segala perintahnya..
Sesungguhnya, orang yang telah pergi dahulu adalah pedoman buat kita yang masih hidup, untuk kita renung sejenak, entah bila pula masa ku akan tiba?, entah dimanakah aku pada ketika itu?, dalam keadaan apakah aku pada ketika itu?, dan telah cukupkah amalanku selama ini untuk membela nasib ku disana nanti?....
Betulkan?... setiap manusia yang sentiasa mengingati mati, tidak akan sekali membiarkan dirinya terusan digodai syaitan durjana….
Sedih memang sedih, bila dapat tau pasal kematian ust. Asri. Tapi bagi aku sebagai peminat irama lagu nasyid Malaysia, aku lebih rasa sedih dan sebak bila memikirkan nasib irama lagu nasyid pada masa sekarang dan pada masa depan. Dimanakah nilainya erti perjuangan nasyid itu sendiri?, sekadar mengejar populariti atau semata kerana wang ringgit?, ingin berkongsi ilmu atau sekadar menonjol bakat?. Sebenarnya dah banyak kmpln nasyid di Malaysia sekarang, tak kurang juga yang bergerak secara solo. Tidak dinafikan juga, penyanyi bukan nasyid sekarang ada juga yang membawa lagu yang berunsurkan ketuhanan dan keagamaan. Tapi, setakat manakah keberkesanannya terhadap para pendengar dan peminat utk menghayati dan menginsafi atas kebesaran Ilahi?.
Pada aku, dah tiba masanya cukuplah dengan hiburan yang melalaikan lagi merugikan. Aku berharap sangat biarlah selepas ini cite yang keluar dalam akhbar cite2 yang menyenangkan lagi menginsafkan para pembaca dan peminat. Aku juga berharap biarlah selepas ni semua artis menonjolkan imej yang bersih. Ini tidak, bernyanyi, bercakap soal kepercayaan ketuhanan dan keagamaaan, tapi bila melihatkan imejnya, langsung tidak bersesuai. So, dimana letaknya keyakinan orang ramai dalam penerimaan yang ingin disampaikan?. Itu baru melihatkan imejnya, belum lagi dilihat pada budaya yang diamalkan, bentuk gaya kehidupan yang diamalkan, dan gaya pemikirannya. Aku tak nafikan juga, masih ada artis yang mengekalkan imej, budaya dan pemikiran yang bersih dan matang, justeru menjadi ikutan dan kepercayaan kpd orang ramai dan peminat. Oklah, aku malas nak celoteh pasal ni lebih2. Artis zaman sekarang membawa pengaruh yang sgt kuat pada orang ramai. So, melihatkan artis zaman sekarang, bayangkanlah bagaimana keadaannya generasi pada zaman depan. Tapi, tak kurang juga pengaruh dari ibubapa itu sendiri… Marilah sama2 kita renungkan… InsyaAllah.. semoga sekembalinya kita disana nanti dalam keadaan penuh dengan keimanan dihati..
Biar kita tidak mampu berbuat apa, biar kita tidak dapat berkata apa, yang pasti satu usaha kita jangan sesekali kita lupa, BERDOA.. BERDOA.. dan teruslah BERDOA….
Eemmm, sebaknya bila dengar balik lagu pergi tak kembali nyanyian Allahyarham bersama Rabbani ni…
Semoga Allahyarham ditempatkan di tempat orang2 yang soleh dan di tempat orang2 yang beriman. InsyaAllah…. Amiinn…
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
No comments:
Post a Comment