(album Nur Insani)
tertulis kematian pada suratan kehidupan
namun hanya Allah yang tahu
bilakah ajal bakal bertamu
detiknya menghampiri tanpa petanda
yang menanti bila tiba saatnya nanti
tak siapa dapat melarikan diri
itu hakikat dah kepastian
hadirnya tidak pernah kita alu kan
tua dan muda miskin dan kaya
semua insan pasti melaluinya
sakit di rasa tidak terkata
tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
hanya amalan bisa redakan bebanan
derita di ambang kematian
denyutan nadi akhirnya terhenti
bersama nafas yang tak terhela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi
pulang kembali untuk menghadap Ilahi
dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang
detiknya pasti tiba adakah kita bersedia
Kepastian - inteam ft. Hisyam & Suhaimi
(album Allahu Rabbi)
ujian Tuhan kepada semua insan
adalah kehidupan ini
yang baik menjadi tuntutan
yang buruk dijauhkan
syurga yang dijanjikan
bukanlah suatu khayalan
tentang nikmat berpanjangan Ilahi
neraka yang tercipta menghimpun azab derita
tangisan kesengsaraan insan
syurga adalah kelazatan
terbentang buat hamba beriman
yang kasihkan Tuhannya
yang kasihkan rasulnya
yang kasih agamanya
neraka tempat kedukaan
angkara kedurjanaan insan
yang lupakan Tuhannya
yang lupakan rasulnya
yang lupa agamanya
siapakah yang lebih mulia
dari mereka yang tidak lupa
janji Allah adalah kepastian
dan nikmat syurga adalah indah
inteam.. satu lagi kumpulan nasyid yang pada aku tidak kurang juga hebatnya..
aku harap usaha mereka juga sama hebatnya.. dan terus berkekalan hingga ke akhirnya, InsyaAllah....
aku suka semua lagu2 dalam album Allahu Rabbi..
eemm, kan bagus kalau mereka boleh terus berlima..
namun apakan daya, manusia hanya mampu merancang, Allah juga maha penentu segalanya...
Suhaimi dah pun menghasilkan 2 album solonya. Hisyam yang dulu bersama kumpulan DeHearty, dengarnya akan bergerak secara solo jugak..
actually, bagi aku, aku lebih suka dan berminat pada artis nasyid berkumpulan. paduan vokal yang harmoni itu lebih menonjolkan irama nasyidnya dan sudah pasti lebih enak untuk terus mendengar.
tak kisahlah semua tu, setiap orang punyai citarasa, minat dan pandangan masing-masing...
yang pasti, diharap segala yang terhasil biarlah ianya sesuatu yang bermanfaat kpd setiap orang.. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment