nmbvg

nmbvg

Monday, June 29, 2009

YA ALLAH! YA TUHANKU! BETAPA BERDOSANYA AKU

Setelah sekian lama rasa diri tidak endahkan
Setelah sekian lama rasa diri dipergunakan
Setelah sekian lama aku mencari jawapan
Bagi persoalan yang membelenggu fikiran

Siapa aku sebenarnya?
Adakah tidak betul segala tindakan ku?
Tidak perlukah aku untuk berusaha lagi?
Haruskah ku teruskan hidup didunia ini?
Perlukah aku terus berdiam diri?
Atau perlukah aku melarikan diri?
Melari meninggalkan segalanya

Tapi kemana?
Hutan belantara?
Puncak gunung Everest?
Atau di dasar lautan sahaja?

Sedarlah aku kini
Dengan apa yang berlaku
Setelah sekian lama
Setelah genap 25 tahun
Banyaknya dosa yang telah kulakukan
Semuanya tanpa ku sedari
Apatah lagi jauh di lubuk hati
Dah banyak hati ku lukai

Aku mungkin tetap terus mendiamkan diri
Tak mampu rasanya untukku bersuara
Namun, aku akan cuba menghadapi
Biarpun hatiku yang terguris
Akan ku ‘sapukan’ ubat setiap kali
Cukup rasanya setakat ini
Mengenang nasib hidup
Yang kesudahannya tetap pada Yang Esa
Moga diampunilah segala dosa-dosa

Sebelum tiba untukku menutup mata buat selamanya

No comments: