nmbvg

nmbvg

Sunday, February 6, 2011

Anak Soleh Satu Pelaburan Yg Menguntungkan Dunia & Akhirat

Bila anak sudah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran ALLAH (tentang kejadian langit, bumi, manusia dan sebagainya)

Bila anak sudah pandai membaca, isikan dimindanya dengan ayat suci Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW serta ilmu keislaman yg sebenar-benarnya.

Bila anak sudah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian ALLAH, 2 4 4 3 4, yakni kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yg wajib ditunaikan oleh orang islam.

Bila anak sudah pandai cari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yg halal, kerana hasil yg haram akan menjejaskan kehidupan sebagai orang islam.

INGAT, bila kita sudah mati nanti anak-anak soleh yg kita didik inilah yg memberi manfaat kepada kita di alam barzah dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak, selain amal jariah yg kita lakukan semasa hidup.

No comments: