tanggal 19 mei 1984
aku dilahirkan
aku dibelai dan dimanja
aku sakit mereka gelisah
aku gembira mereka tersenyum
aku berduka mereka mendamaikan
kerana mereka hidupku kini sempurna
kerana mereka aku kenali Allah yang satu
kerana mereka aku mengerti apa itu kejayaan
kerana mereka aku mengerti apa itu pengorbanan
kerana mereka aku rela berkorban
demi membalas pengorbanan mereka
yang belum pasti terbalas
tiada ucapan dapatku ungkapkan
tiada hadiah dapatku berikan
segala pemberian mereka
tidak dapat aku balas
Ya Allah Ya Tuhanku
kubersyukur pada-Mu
ku dilahirkan dalam keluarga yang sempurna
Ya Allah Ya Tuhanku
hanya pada-Mu ku memohon
ampunilah segala dosaku terhadap mereka selama ini
kau ampunilah segala dosa mereka
yang telah beri aku segalanya
buat Bonda dan Ayahandaku
terima kasih atas segalanya
segala harapanmu akan sentiasa tersemat disanubariku
inginku menjadi anak kebanggaanmu selalu
No comments:
Post a Comment