Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Kerana aku masih mampu utk
menitiskan air mata kekesalan..
Tanda aku masih sedar..
Hanya ENGKAU MAHA SEGALANYA
Tanda aku masih sedar..
Betapa kerdilnya hamba-Mu ini..
Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Menitisnya air mata aku
kali ini..
Sekali lagi kau membuka
pintu hatiku
Dalam menilai
kebenaranMU..
Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Kerana menitisnya air mata
ini..
Menjadi penguat buat ku
dalam terus
Menghadapi ujianMU..
Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Sesungguhnya ujianMU itu
Tandanya ENGKAU terus
Menyayangi dan peduli
terhadap hamba-Mu ini…

No comments:
Post a Comment