
Petikan daripada ----->
Pernah tak anda duduk sorang-sorang, ada orang datang duduk dekat anda dan dia mula tanya, "kenapa?", kita jawab, "tak ada apa-apa", "takkanlah tak ada apa-apa. tak pernah aku tengok engko monyok macam ni, tentu ada apa-apa". "tak adalah," jawab kita. "Encik Badli tu memang, aku pun pernah kena". Kita pun angkat mata, tengok mukanya. "siapa tak kenal dengan Encik Badli tu, memang jenis tak boleh pakai, semua orang tak betul, dia sorang aje yang yang betul". Kita makin takjub.
"dia tak patut buat macam tu kat engko, bukan engko je pernah kena, ramai lagi orang kat company ni dah kena". Kita mula mencelah, "dia buat apa kat engko?". "ada ke patut dia kata aku ni malas, tak tahu buat kerja? padahal aku dah kerja kat sini 20 tahun, itu taklah teruk sangat, dia kata aku ni lembu, dia tak tahu dia tu yang lembu". "memang dia tu lembu, dia aje tak sedar".
Tidak lama kemudian, kita pun dipanggil oleh Encik Badli. masuk saja kita ke biliknya, dia terus berkata "berani awak panggil saya lembu, ya!". kita pun tercengang-cengang, siapa cakap? cepatnya dah sampai!, Dan oleh kerana itu kita pun ditukarkan ke jabatan lain ataupun dipecat terus.
Haa.. tulah, takkan tak tahu lagi permainan ni. dalam mana-mana syarikat, jabatan, organisasi tau pertubuhan, hal macam ni ada. jangan mudah terperangkap. memang ada orang yang kerjanya cari salah orang, provok orang supaya akhirnya orang itu dikuis dari jabatan.
kalau tak ada? kalau tak ada syukurlah, anda telah bekerja di sebaik-baik tempat. kalau ada, hati-hati, waspada, tumpukan pada kerja, jangan peduli politik dalaman. serah diri secara total pada ALLAH.
Apa petuanya supaya tak terperangkap? senang aje. jangan campur. diam aje. kalau ada orang datang nampaknya macam baik, nak kongsi masalah, nak dengar masalah, nak tolong selesaikan masalah, kalau anda tak kenal hati budinya, atau dalam istilah lain dia tu sekadar kawan bukan sahabat, tak usah cerita. diam aje. dengar aje dia cakap. anda akan dengar dia kutuk orang berkenaan habis-habisan tujuannya supaya anda pun sama kutuk. itu namanya provok.
sebaik mana pun orang, apabila diprovok kadang-kadang terlepas jugak. dan yang terlepas inilah yang selalu menjahanamkan dirinya. memang kita perlu percaya dengan semua orang, tapi ingat tak semua orang boleh dipercayai.
Sesetengah tempat bukan kakitangan saja bersikap begini, dengan bos-bos dia sekali. biasanya bos ni bukanlah tauke, sekadar pengurus gitu, tapi sentiasa rasa kedudukannya tercabar oleh orang bawahan. buruk sangkanya hebat. dia akan cari kesalahan orang untuk dijadikan sebab supaya dia dilihat lebih bagus, lebih baik, lebih dominan.
tahukah anda, apabila seorang bos dapat memecat kakitangan ataupun menurunkan pangkatnya atas kesalahan yang jelas, psikologinya kedudukan bos itu di mata kakitangan lain adalah tinggi.
macam tak logik kan? tapi itulah kenyataannya. ia terjadi dan berlaku, dalam semua zaman, dalam setiap tahun, dalam setiap bulan.
Dalam dunia entah berapa ramailah orang yang bekerja dalam tekanan dan asyik dicari salahnya. baiknya dilupakan bahkan kadang-kadang sengaja dibangkit-bangkitkan salahnya itu. dia tak pernah buat salah tapi dicari-carikan salah supaya orang lain kelihatan lebih bagus daripada dia.
No comments:
Post a Comment